GANTUNGKAN AZAM DAN SEMANGAT MU SETINGGI BINTANG DI LANGIT DAN RENDAHKAN HATI MU SERENDAH MUTIARA DI LAUTAN.

Saturday

VIRGIN COCONUT OIL

APAKAH MINYAK KELAPA DARA?

Minyak Kelapa Dara Adalah Minyak Kelapa.

“ Minyak Kelapa Dara” (Virgin Coconut Oil) adalah minyak yang dihasilkan daripada isi buah kelapa. Ia sebenarnya adalah minyak kelapa biasa. Perkataan “ Dara” yang digunakan dalam menamakan minyak kelapa ini adalah dimaksudkan kepada sifat minyak kelapa tersebut yang masih “dara” (virgin). Minyak tersebut dihasilkan dengan suatu cara di mana ia dapat mengekalkan ciri-ciri khusus dan istimewa yang terdapat pada minyak kelapa tersebut.

Minyak kelapa dara adalah merupakan minyak kelapa,sepertimana minyak kelapa yang biasa digunakan oleh masyarakat nusantara malah masyarakat dunia sebelum ini,untuk tujuan masakan dan perawatan tubuh badan. Buah kelapa yang digunakan untuk menghasilkan minyak ini pula adalah buah kelapa biasa (cocos nucifera). Yang membezakan Minyak kelapa dara dari “minyak kelapa biasa” adalah sifat-sifatnya,khasiatnya dan juga proses membuatnya.Yang “dara “ itu adalah sifat minyaknya dan bukan buahnya. Buah kelapa yang digunakan adalah dari jenis buah kelapa yang cukup tua sama ada dari pokok kelapa “jenis tradisional” seperti “Malayan tall” dan sebagainya atau pun dari jenis kacukan seperti kelapa mawa atau kelapa matag dan lain-lain.Ia bukannya dari buah kelapa yang khusus atau “buah kelapa dara”,sebagaimana sebahagian dari kita mungkin terfikir.Sebenarnya tidak ada buah kelapa yang namanya Buah Kelapa Dara.

Minyak kelapa dara dihasilkan melalui proses semulajadi atau melalui proses “Teknologi-Bio” (Biotechnology) yakni tanpa menggunakan bahan kimia dan tidak pula melalui proses pemanasan sebagaimana proses biasa yang digunakan oleh kilang-kilang atau industri pembuatan minyak kelapa bagi kegunaan masakan.Biasanya untuk menghasilkan minyak masakan,sama ada minyak kelapa atau minyak sawit,buah kelapa atau buah sawit harus melalui proses pemanasan dan menggunakan “bahan kimia”. Proses yang biasa ini dikenali sebagai “refine”,”bleach” dan “deodorize” atau singkatannya RBD.

Minyak kelapa yang biasa digunakan oleh masyarakat kita sebelumnya munculnya minyat sawit adalah minyak yang diproses dari kopra atau isi kelapa yang dikeringkan.Isi kelapa dipisahkan dari tempurung kemudian dijemur atau dikeringkan sebelum dimasak pada suhu yang tinggi (antara 70 hingga 100 darjah celsius).Kopra yang dihancurkan dan dimasak itu kemudiannya diperah minyaknya dan kemudian dinyahkan bau dan juga dinyahkan warnanya sehingga kelihatan lebih jernih.

Begitu juga dengan minyak sawit yang digunakan oleh kebanyakan orang sekarang ini. Buah sawit yang dipetik daripada pokok akan dimasak dan dihancurkan serta diperah minyaknya dari sabut buah sawit tersebut. Minyak sabut buah sawit ini juga mengalami proses “refine” ,”bleach” dan “deodorized” (RBD).Proses awal menghasilkan minyak masak daripada buah sawit ini adalah menghasilkan “minyak mentah” (crude palm oil) .Pada tahap ini tempurung sawit yang mengandungi isi di dalamnya dipisahkan.Yang diproses untuk menjadi minyak masak adalah sabut buah sawit (mesocarp).Minyak dalam bentuk ini masih mengandungi pelbagai unsur yang terdapat pada buah sawit (yakni sabut buah sawit) yang perlu dibuang. Minyak mentah ini masih belum boleh dimakan dan perlu menjalani proses yang disebut RBD itu.

Proses RBD tersebut dilakukan dengan menggunakan suhu yang amat tinggi ( sehingga 300 darjah celsius) dan juga dengan menggunakan beberapa jenis “bahan kimia” untuk menjadikan ianya indah dilihat dan enak untuk dimakan.Minyak masakan ini juga telah melalui proses “pelunturan warna” (bleach) dari warna asalnya yang “gelap” menjadi lebih “cerah” dan menarik. Proses yang selanjutnya pula adalah penyingkiran bau (deodorize) di mana bau minyak yang asal serta pelbagai bau lain yang kurang enak yang terdapat pada minyak itu dinyahkan sehingga bau asal minyak tersebut hilang.Minyak yang dihasilkan hampir tidak berbau.

Oleh kerana itulah minyak sawit yang dijual dipasaran disebut sebagai minyak “RBD palm Oil”.Biasanya minyak ini dipasarkan dalam dua bentuk,iaitu “RBD palm Olein” yang sifatnya cecair pada suhu bilik dan juga “RBD palm stearin “ yang sifatnya membeku pada suhu bilik .Minyak “RBD palm olein” inilah yang kita gunakan sebagai minyak masak dan “RBD palm stearin” ini pula digunakan untuk industri pembuatan makanan ,produk penjagaan badan (body care),kosmetik dan sebagainya.

Meskipun minyak RBD tersebut selamat dimakan namun sifat asalnya yang “alami” atau semulajadi dan murni sudah hilang dan sebahagian dari unsur-unsur penting yang terkandung di dalam minyak tersebut ,yang baik untuk kesihatan kita,sudah terbinasa.Minyak dari isi tempurung (isirong) kelapa sawit disebut minyak “kernel” sawit. Minyak dari kernel sawit ini tidak dijual dipasaran sebagai minyak masakan,tetapi ianya banyak digunakan untuk industri oleokimia.Minyak dari kernel ini diproses lanjut bagi mendapatkan derivatifnya,terutamanya asid lemaknya (fatty acid) seperti asid laurik,asid miristik, dan asid palmitik.

Jika kita menggunakan minyak sawit yang dijual dipasaran untuk masakan harian kita,kita sebenarnya menggunakan minyak sabut (mesocarp) sawit dan bukannya minyak isirong sawit. Oleh itu,minyak sabut sawit ini sebenarnya hampir tidak mengandungi asid laurik sebagaimana minyak kelapa yang meskipun diproses secara RBD.Berikut adalah anggaran komposisi asid lemak di dalam minyak sawit yang dihasilkan dari sabut buahnya yang kebanyakannya kita gunakan sebagai minyak masakan harian :-

Asid Laurik (C12) < 0.5%
Asid Miristik (C14) 01%
Asid Palmitik (C16) 44%
Asid Stearik (C18:0) 05%
Asid Oleik (C18: 1) 39%
Asid Linoleik (C18:2) 10%

Manakala minyak kernel sawit pula adalah lebih menyerupai sifat minyak kelapa dan ia mengandungi:-

Asid Kaprilik (C8) 03%
Asid Kaprik (C10) 03%
Asid Laurik (C12) 48%
Asid Miristik (C14) 16%
Asid Palmitik (C16) 08%
Asid Stearik (C18:0) 02%
Asid Oleik (C18: 1) 15%
Asid Linoleik (C18:2) 02%


Minyak Kelapa Dara Adalah Minyak Semulajadi

Sebaliknya ,Minyak kelapa dara yang dihasilkan melalui proses “bioteknologi” ini tidak mengalami pemanasan atau pun dicampurkan dengan sebarang bahan kimia luar.Minyak kelapa dara terhasil melalui proses semulajadi atau “tindakbalas kimiawi yang semulajadi” selepas ianya dibiarkan berinteraksi dengan unsur-unsur semulajadi.Minyak kelapa dara dihasilkan dengan beberapa cara. Ada yang menggunakan santan daripada kelapa segar dan ada yang menggunakan isi kelapa yang diparut dan dikeringkan sebelum ianya diperah (press). Minyak kelapa dara tidak diproses dari kopra atau isi kelapa yang dikeringkan sepertimana yang dilakukan dalam pemprosesan minyak masak yang biasa oleh kilang-kilang minyak kelapa yang konvensional.

Terdapat pelbagai cara dalam menghasilkan minyak kelapa dara ini dan semuanya adalah bersifat semulajadi. Antara proses yang biasa digunakan adalah melalui proses fermentasi ,penggunaan enzim semulajadi, penyejukbekuan, proses “putaran” (centrifuge) dan juga proses pancingan. Ada juga yang menggunakan cara memerah minyak kelapa dari kelapa parut yang dikeringkan. Terdapat juga beberapa lagi cara lain yang kurang popular.

Oleh kerana proses menghasilkan minyak kelapa dara tidak melalui proses pemanasan pada tahap suhu yang tinggi dan tiada pencampuran bahan kimia sebagaimana yang dilakukan pada minyak biasa;maka sifat minyak kelapa yang perawan atau asli itu tidak termusnah dan dapat dikekalkan.Unsur-unsur yang amat berkhasiat dan mempunyai nilai perubatan serta nilai kesihatan yang tinggi pada minyak kelapa tersebut tidak rosak kerana tiada pemanasan yang kuat berlaku dan tiada bahan kimia yang dicampur.Sifat-sifat asal minyak kelapa tersebut dapat dipertahankan,justeru itu ia dinamakan Minyak Dara (Virgin Oil)

Pada umumnya komposisi asid lemak di dalam Minyak Kelapa Dara ini adalah hampir serupa dengan minyak kernel sawit. Komposisi piawai asid lemak di dalam minyak kelapa dara telah digariskan sebagai berikut:-

Asid Kaprilik (C8) 05 - 10%
Asid Kaprik (C10) 4.5 - 8%
Asid Laurik (C12) 43 - 53%
Asid Miristik (C14) 16 - 21%
Asid Palmitik (C16) 7.5 - 10%
Asid Stearik (C18:0) 02 - 04%
Asid Oleik (C18: 1) 05 - 10%
Asid Linoleik (C18:2) 01 - 2.5%

Minyak kelapa dara adalah sangat istimewa kerana unsur-unsur semulajadi yang ada padanya kekal dipertahankan untuk kita gunakan sebagai sumber makanan kesihatan dan juga ramuan perubatan yang penting dan amat istimewa.Minyak kelapa dara ini amat popular digunakan sebagai makanan tambahan (food supplement) yang berkhasiat kepada tubuh manusia.Ia juga boleh digunakan untuk tujuan masakan sama ada untuk menggoreng, menumis atau digunakan sebagai “dressing” ke atas sayuran dan lain-lain.

Lebih istimewa lagi minyak ini dapat digunakan terus sebagai minyak pembawa (carrier oil) bagi herba –herba yang sesuai untuk merawat tubuh.Ia boleh digunakan sama ada dalam bentuk sapuan seperti minyak urutan ataupun minyak untuk dimakan terus.Malahan minyak kelapa dara ini juga memilki kualiti tertentu sebagai minyak sapuan atau minyak urutan bagi merawat beberapa jenis penyakit pada kulit,sendi dan saraf.

Minyak kelapa dara ini juga berpotensi besar dan telah sekian lama menjadi bahan asas kepada pembuatan produk penjagaan badan dan produk kesihatan.Minyak kelapa telah digunakan untuk tujuan itu sejak lama dahulu.Sumber asid laurik di dalam minyak kelapadara digunakan dalam banyak industri pembuatan produk-produk penjagaan badan dan juga perubatan (pharmacopeia).Sodium lauryl sulphate,sodium coco sulfate dan methyl ester sulfonate contohnya adalah derivative dari minyak kelapa yang ditambah nilainya bagi kegunaan di dalam pembuatan syampu serta sabun yang berkualit oleh syarikat-syarikat pengeluar produk penjagaan badan di seluruh dunia.

Lauricidin pula adalah jenama sejenis produk kesihatan yang mengandungi monolaurin yang dihasilkan dari asid laurik yang terdapat pada minyak kelapa dara.Ia sangat baik untuk membantu tubuh meningkatkan daya ketahanan atau sistem imun.Minyak kelapa dara juga dapat digunakan dalam formula makanan untuk kanak-kanak dan juga orang yang lanjut usia khususnya kepada mereka yang mempunyai masalah penghadaman.Minyak ini telah lama digunakan di hospital-hospital sebagai ramuan untuk formula makanan tersebut.

Selain dari itu minyak kelapa dara ini sebenarnya adalah amat sesuai untuk digunakan sebagai minyak masak.Ia adalah amat berkhasiat dan tahan terhadap pemanasan pada suhu yang tinggi. Oleh kerana ia adalah lemak tepu yang stabil dan tahan panas,maka minyak kelapa dara ini tidak mudah teroksida. Ini menjadikannya amat selamat untuk digunakan dalam masakan.

Minyak tak tepu sama ada mono tak tepu (monosaturated) atau poli tak tepu (poly-unsaturated) sebagaimana yang banyak terdapat dalam kategori minyak sayuran ; seperti minyak soya ,jagung dan sebagainya adalah tidak stabil pada suhu panas dan amat mudah teroksida.Apabila minyak jenis ini dipanaskan, ia akan teroksida dan akan menghasilkan radikal bebas.Radikal bebas inilah antara punca sebenar yang menyebabkan kerosakan dalam arteri yang menjurus kepada penyakit jantung.

Malahan minyak sebenarnya adalah jenis yang mudah teroksida mestipun pada suhu bilik atau terdedah pada cahaya matahari. Minyak kelapa dara dan juga minyak sawit sebenarnya adalah lebih stabil dan lebih selamat untuk digunakan berbanding dengan minyak yang tak tepu ini.

KENAPA MINYAK KELAPA DARA?

Minyak Kelapa Dara Mengandungi MCFA

Minyak kelapa dara adalah sejenis minyak yang mengandungi lebih kurang 92% lemak tepu (saturated fat). Namun demikian kebanyakan lemak tepu yang terdapat pada minyak kelapa dara adalah terdiri daripada asid lemak yang berantai sederhana (medium chain). Ini adalah elemen istimewa yang terdapat pada minyak kelapa dara .Minyak kelapa dara adalah amat istimewa kerana ia merupakan minyak yang mengandungi Asid Lemak Rantai Sederhana ( Medium Chain Fatty Acid-MCFA) yang paling tinggi dalam kategori minyak boleh makan (edible). Minyak kelapa dara mengandungi kira-kira 64% MCFA .Asid lemak rantai sederhana (MCFA) adalah sejenis lemak yang mempunyai rantai karbon antara 8 hingga 12.

Minyak boleh makan yang lain yang mengandungi MCFA yang hampir sama dengan minyak kelapa dara ialah minyak isirong kelapa sawit (palm kernel oil), yang mengandungi kira-kira 58% MCFA.Lemak susu dan mentega hanya mempunyai kurang daripada 5% MCFA.Sebaliknya , hampir semua minyak sayuran seperti minyak jagung ,kacang soya ,biji bunga matahari dan canola tidak mempunyai MCFA yang istimewa ini. MCFA adalah lemak yang istimewa kerana ia bertindak balas secara berbeza di dalam tubuh dan berupaya pula memberikan kesan kesihatan yang amat baik kepada tubuh manusia.

Berbeza dengan lemak lain yang boleh dimakan, MCFA yang terdapat dalam minyak kelapa dara dipecahkan atau dibakar dan digunakan terus sebagai tenaga. MCFA tidak menjadi lemak tubuh atau berkumpul pada arteri atau pada mana-mana bahagian di dalam tubuh.Kebanyakan lemak terutamanya lemak yang berantai panjang (long-chain) seperti yang terdapat pada daging dan juga minyak sayuran yang kita makan akan berkumpul sebagai tisu-tisu lemak pada tubuh jika ianya tidak digunakan sepenuhnya dengan segera.

Apabila kita makan lemak,khususnya yang berantai panjang, ianya akan dipecahkan kepada asid lemak individu (individual fatty asid) melalui proses hidrolisis dan emulsi dengan bantuan cairan hempedu serta enzim.Setelah lemak-lemak ini diuraikan menjadi unit-unit asid yang bebas ,barulah ianya diserap melalui dinding usus.Ianya kemudian dipakejkan semula dalam gumpalan kecil yang terdiri daripada lemak dan protein. Gumpalan ini dipanggil “ lipoprotein”. Lipoprotein ini kemudiannya dimasukkan ke dalam saluran darah dan dihantar ke hati untuk menjalani proses metabolisme.Hasil daripada proses metabolisme ini adalah tenaga ,kolestrol dan juga lemak.

Ketiga-tiga elemen ini kemudiannya diedarkan ke seluruh kalenjar endokrin,organ tubuh dan jaringan tubuh. Asid lemak ini disimpan dalam sel-sel lemak untuk digunakan oleh tubuh kemudiannya. Apabila kita menggunakan tenaga yang banyak, lemak-lemak ini kemudiannya akan dibakar sebagai tenaga.Jadinya lemak yang berantai panjang yang kita makan akan berakhir di dalam tubuh sebagai tenaga,kolestrol dan timbunan jaringan lemak.

Minyak Kelapa Dara Membekal Tenaga Segera

Lemak yang berantai sederhana seperti MCFA yang terdapat pada minyak kelapa dara yang kita makan hanya akan menghasilkan tenaga dan bukannya kolestrol atau jaringan adipos.MCFA meskipun adalah sejenis lemak, namun ia tidak melalui proses sebagaimana lemak lain. MCFA tidak dihantar melalui saluran darah seperti mana lemak yang lain. MCFA dihantar terus ke hati (liver) dimana ianya diproses terus menjadi tenaga sebagaimana yang berlaku kepada karbohidrat.

MCFA yang yang kita makan akan diproses terus menjadi tenaga dan bukan menjadi lemak yang terkumpul pada sel-sel dalam badan.Oleh yang demikian, MCFA tidak mempunyai kesan negatif kolestrol darah. Justeru itu ia adalah baik untuk jantung dan bukannya penyebab kepada “ Atherosclerosis”( pengeras arteri ) atau penyakit jantung.

Apabila kita memakan minyak kelapa dara, ianya diserap terus oleh dinding usus tanpa memerlukan bantuan enzim.Ianya kemudian dihantar terus ke hati dan diproses menjadi tenaga untuk digunakan oleh tubuh. Justeru itu, tubuh kita memperoleh tambahan tenaga dengan segera.Oleh yang demikian , minyak kelapa dara boleh menjadi pembekal tenaga segera kepada tubuh. Minyak ini sesungguhnya adalah “energy booster”. Dengan memakan atau meminum minyak ini, tubuh kita akan memperoleh tenaga segera kerana minyak ini diproses terus dan dengan segera oleh hati kita untuk menjadi tenaga kepada badan.

Sebab itulah terdapat industri pemakanan yang telah mengeluarkan sejenis minuman tenaga yang dikenali sebagai “ MCT Drinks” atau “ Energy Booster Drinks” yang diperbuat daripada asid kaprik dan asid kaprilik. Kedua-dua asid ini adalah asid lemak berantai sederhana yang terdapat pada minyak ini.Jika kita keletihan dan memerlukan tenaga, minyak ini boleh menjadi pilihan segera yang dapat digunakan bagi menambah tenaga kepada badan kita.

Meminum dua sudu besar minyak ini sebenarnya boleh membangkitkan tenaga segera kepada badan kita .Antara kesan segera yang akan kita rasai apabila minum minyak ini ialah badan kita terasa sedikit panas dan segera berpeluh. Hal ini berlaku kerana proses metabolisme telah berlaku dengan begitu cepat sekali apabaila minyak ini masuk ke dalam badan kita.Hasil daripada proses tersebut adalah tenaga yang dapat dirasai dengan kadar yang segera.

Minyak Kelapa Dara Membunuh Mikro Organisma

Asid lemak yang berantai sederhana (MCFA) yang terdapat pada minyak ini juga sebenarnya memiliki sifat anti –microbial yang tinggi..Asid lemak ini memiliki sifat semulajadi yang boleh membinasakan pelbagai mikrorganisma pembawa dan penyebab penyakit.MCFA dalam minyak ini terutamanya asid lemak seperti asid laurik (C12) ,asid kaprilik (C8) dan asid kaprik (C10) mempunyai sifat anti-mikrorganisma seperti anti-bakteria,anti-virus, anti- protozoa dan anti-kulat. Asid tersebut boleh membinasakan beberapa jenis bakteria ,virus ,kulat dan parasit.Justeru itu ia adalah amat berguna sekali kepada kesihatan badan.

Pada umumnya, MCFA dapat membinasakan banyak sekali virus dan bakteria khususnya yang diselaputi oleh lapisan membran lemak (lipid) yang mana amat sukar sekali dihapuskan oleh ubat konvesional.MCFA membinasakan virus dan bakteria dengan cara menyerap masuk ke dalam lapisan ini lalu melemah dan menguraikan lapisan membran lemak yang menyelaputi virus dan bacteria tersebut.Apabila lapisan lemak ini terurai , DNA virus atau bakteria akan terbinasa dengan sendirinya atau dimusnahkan oleh anti-oksidan dan sel darah putih.

Berdasarkan kajian, unsur MCFA dalam minyak ini yang memiliki keupayaan membunuh mikrorganisma adalah asid laurik. Terdapat beberapa jenis mikrorganisma khususnya virus dan bakteria yang berselaput lipid yang berupaya dibinasakan oleh asid laurik ini. Sebahagian daripada dicatatkan dalam jadual dibawah:-

Mikrorganisma Yang Berselaput Lipid Yang Dapat Dibinasakan Oleh Asid Laurik
Virus Berselaput Lipid Bakteria Berselaput Lipid
HIV
Measles
Herpes Viridae
Sarcoma Virus
Syncytial Virus
Human Lymphotropic Virus (type 1)
Vascular stomatitis virus
Visna virus
Cytomegalovirus
Epstien –Barr virus
Influenza virus
Leukemia virus
Pneumonovirus
Hepatitis C virus Listeria Monocytogenes
Helicobacter pylori
Hemophilus influenzae
Chlamydia pneumoniae
Stphyloccus aureus
Streptococcus agalactiae
Group A,B,F dan G streptococci
Gram-positive organisms
Gram-negative organisms
(jika dirawat awal dengan chelator)

Minyak Kelapa Dara Mengandungi Asid Laurik

Salah satu daripada asid lemak yang terdapat dalam minyak kelapa dara ialah asid laurik. Asid laurik adalah sejenis asid lemak yang berantai sederhana (MCFA). Rantai karbon pada asid laurik adalah 12. Ia diformulasikan sebagai C12:0 ,iaitu 12 rantai karbon dan bersifat tepu dengan semua 12 molekul karbonnya masing-masing terikat pada molekul hidrogen.Asid laurik dalam minyak ini adalah komponen yang terpenting pada kerana pada umumnya minyak ini mengandungi antara 43% hingga 53% asid laurik.Kandungan asid laurik dalam minyak kelapa atau minyak kelapa dara adalah berbeza-beza mengikut jenis kelapa dan juga tempat tanaman pokok kelapa tersebut. Di samping itu juga proses yang digunakan juga boleh menyebabkan kandungan asid laurik di dalam minyak kelapada dara berbeza.

Minyak kelapa dara mengandungi asid laurik yang paling tinggi dalan kategori minyak boleh makan.Asid laurik yang amat istimewa ini hampir tidak ada di dalam minyak boleh makan yang lain kecuali dalam minyak kernel sawit.Meskipun demikian ,pengusaha minyak kanola di barat dengan dibantu oleh saintis mereka,telah berjaya menghasilkan minyak kanola yang mengandungi asid laurik yang dinamakan laurate Canola.Minyak tersebut dihasilkan daripada proses GMO (Genetically Modified Organism) terhadap minyak tanaman canola.Persoalannya apakah tanaman yang telah menjalani GMO itu selamat dan baik untuk kesihatan?

Asid laurik dalam minyak kelapa dara adalah asid yang semulajadi .Asid laurik yang terdapat dalam minyak ini adalah serupa dengan yang terdapat dalam susu ibu. Asid laurik ini amatlah penting untuk sistem pertahanan badan (immune system). Ia berfungsi melawan serangan pelbagai mikrorganisma atau kuman pembawa penyakit.Hal ini dijelaskan oleh seorang professor dan pakar biokimia,Jon J kabara yang menyatakan ;” Belum pernah di dalam sejarah manusia ditekankan betapa pentingnya mengenai nilai asid laurik ,sejenis lemak berantai sederhana di dalam kelapa yang serupa dengan lemak di dalam susu ibu dan mempunyai kesan nutriseutikal yang sama”.

Semasa kita kecil,kita dibekalkan dengan asid laurik yang terkandung dalam susu ibu. Susu awal ibu mengandungi sangat banyak kandungan asid laurik yang diperlukan oleh bayi untuk membina daya ketahanan badan.Penyusuan ibu amatlah penting sekiranya kita mahukan anak-anak memiliki daya ketahanan yang tinggi terhadap serangan penyakit.

Jika ibu tidak sihat dan kandungan asid laurik dalam susunya kurang,bayi yang menyusu ibu tersebut juga tidak akan berupaya membina daya ketahanan yang tinggi,lalu amat mudah sekali diserang pelbagai penyakit.Kajian yang dibuat dan diterbitkan pada tahun 1998 di dalam American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan bahawa ibu-ibu yang menyusui bayi,yang memakan minyak kelapa dan juga lain-lain produk kelapa telah menunjukkan peningkatan paras asid laurik dan asid kaprik di dalam susunya. Justeru itu, susu yang dibekalkan kepada bayi menjadi lebih tinggi unsur-unsur perlindungan anti-mikrobakteria yang akan membantu meningkatkan sistem imun bayi serta melindungi bayi daripada jangkitan penyakit.

Wanita yang menyusui bayi menyimpan lemak-lemak yang dimakan untuk dibekalkan kepada bayi.Asid laurik dan asid kaprik yang dimakan selain daripada menjadi unsur pemakanan untuk dirinya ,ia juga disimpan khusus untuk bayi yang disusuinya. Jika ibu tidak memakan makanan yang mengandungi asid laurik ,susu badannya hanya akan mengandungi sekitar 3% asid laurik dan 1% asid kaprik.

Namun apabila , ibu yang menyusui bayi memakan makanan yang mengandungi banyak kandungan asid laurik seperti minyak kelapa dara ,kandungan asid laurik di dalam susu badannya akan meningkat dengan banyak sekali. Dalam beberapa penelitian didapati bahawa ibu-ibu yang tinggal di kawasan di mana kelapa menjadi makanan hariannya ,paras asid laurik dalam susu badannya boleh mencapai sehingga 21% dan paras asid kaprik boleh mencapai 6%.

Hal ini dapat menjadikan bayi-bayi yang menyusui susu ibu tersebut menjadi sihat dan memiliki daya tahan terhadap penyakit atau sistem imunisasi badan yang amat tinggi. Asid laurik yang dibekalkan kepada bayi melalui susu ibu yang diminumnya itu dapat menjadikan dirinya berupaya melawan serangan bakteria ,virus dan protozoa pembawa penyakit.Oleh itu adalah amat penting untuk kita memastikan anak-anak kita memperolehi bekalan asid laurik yang mencukupi. Sebab itulah pihak hospital menyediakan formula makanan bayi yang khusus,yang mengandungi asid laurik daripada minyak kelapa dara untuk membantu bayi yang tidak berupaya memperolehi asid laurik daripada susu ibunya.

Asid laurik,asid kaprik dan asid kaprilikk (yang juga MCFA ) yang terdapat di dalam minyak kelapa dara menjadikan minyak ini istimewa kerana asid-asid lemak ini dapat membantu badan melawan serangan bakteria ,virus dan protozoa. Seorang pakar pemakanan,Dr. Mary Enig menyatakan bahawa:

“ Lebih kurang 50% daripada asid lemak di dalam lemak kelapa adalah asid laurik ,yang mempunyai fungsi kebaikan tambahan di mana ianya akan bertukar menjadi monolaurin di dalam badan manusia dan haiwan. Monolaurin adalah monogliserid anti virus,anti bakteria dan anti protozoa,yang digunakan oleh badan manusia atau haiwan untuk memusnahkan virus yang disalut oleh lemak seperti HIV, Herpes,Cytomegalovirus, Influenza; memusnahkan beberapa bakteria pathogenic seperti listeria monocytogeneses dan helicobacter pylori dan memusnahkan protozoa seperti gardia lamblia.”

Kehadiran asid-asid lemak ini menjadikan minyak kelapa dara sebagai bukan sahaja bahan pembina daya tahan badan bagi menahan serangan penyakit, malahan ianya boleh menjadi ubat untuk segera melawan serangan mikrorganisma-mikrorganisma pembawa penyakit kepada badan.

Jadi minyak kelapa dara bukan sahaja berfungsi sebagai antibodi atau antibiotik yang semulajadi tetapi ianya juga dapat menjadi ubat penyembuh beberapa jenis penyakit yang berpunca dari serangan virus , bakteria dan kulat.Jika kita atau anak-anak kita diserang oleh selsema atau demam campak sekali pun ,minyak kelapa dara mempunyai kemampuan untuk menjadi ubat melawan serangan penyakit-penyakit tersebut dan barangkali tidak perlu kepada ubat-ubat kimia konvensional yang sering kita dapatkan daripada farmasi dan sebagainya.

Inilah keistimewaan minyak kelapa dara yang selama ini difitnahkan sebagai pembawa kolestrol dan minyak penyebab penyakit terutamanya penyakit jantung. Akibat daripada fitnah yang disebarkan secara meluas oleh media barat,masyarakat dunia termasuk kita yang di nusantara ini sudah membuang minyak kelapa daripada hidangan makanan harian.

Minyak Kelapa Dara Tidak Mengandungi Kolestrol

Sebut sahaja minyak kelapa,yang pertama muncul dalam pemikiran sebahagian dari kita adalah kolestrol yang tinggi dan penyebab sakit jantung. Imej minyak kelapa sudah menjadi begitu hodoh serta menakutkan . Minyak kelapa sudah hampir tidak ada lagi di pasaran kecuali di beberapa kedai tertentu ,itupun kebanyakannya bukan untuk tujuan masakan tetapi untuk tujuan-tujuan yang lain.

Namun begitu, cuba kita bertanya kepada diri kita sendiri. Dari mana datangnya sumber dakwaan tersebut? Apakah ada sebarang kajian atau sebarang penulisan yang saintifik yang dapat membuktikan secara jelas bahawa minyak kelapa menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit yang didakwakan itu?

Ramai orang termasuk mereka yang bijak pandai malahan yang memiliki kelulusan di dalam bidang sains dan perubatan pun tidak begitu memahami hakikat sebenar minyak kelapa. Mereka tidak membuat kajian yang wajar dan tidak memperoleh “ ilmu” atau informasi yang benar dan terkini yang dapat memahamkan mereka mengenai hakikat sebenar minyak kelapa.Kebanyakan orang membuat penilaian yang salah terhadap minyak kelapa akibat daripada berita dan cakap-cakap yang mereka dengar di “pasar”. Sebenarnya tidak ada suatu kajian yang kredibel yang dapat membuktikan bahawa minyak kelapa yang murni ini membahayakan kesihatan. Memang ada kajian yang dibuat terhadap minyak kelapa tetapi bukannya dengan menggunakan minyak yang murni.

Yang menyebabkan berlaku kekeliruan terhadap hakikat minyak kelapa adalah berpunca daripada satu kajian yang dibuat beberapa dekad yang lalu ke atas minyak kelapa yang telah terhidrogenasi dan ianya dibuktikan boleh meningkatkan serum kolestrol berpotensi menyebabkan penyakit jantung . Walhal sememangnya apa-apa minyak yang terhidrogenasi akan menyebabkan peningkatan paras serum kolestrol dan membahayakan jantung.Kajian yang dilakukan itu sebenarnya menggunakan minyak kelapa yang terhidrogenasi dan bukannya minyak kelapa yang murni (pure). Tidak ada sebarang kajian yang dibuat yang dapat membuktikan bahawa minyak kelapa yang murni ini dan tidak terhidrogenasi boleh mendatangkan mudarat kepada manusia.

Kajian yang disalahertikan inilah sebenarnya yang telah dieksploit oleh pengilang dan pedagang minyak soya terutamanya American Soyabean Association (ASA) untuk memburuk-burukkan minyak kelapa dan menakutkan masyarakat dunia terhadap minyak ini. Usaha mereka telah mencapai kejayaan apabila isu “ Minyak kelapa menyebabkan peningkatan paras kolestrol” telah berjaya ditanam ke dalam pemikiran sebahagian besar masyarakat dunia temasuklah kita yang di nusantara ini.

Masyarakat dunia termasuk yang tinggal di kawasan di mana kelapa banyak ditanam dan telah sekian lama menjadi makanan pembekal khasiat dan pelindung penyakit kepada mereka ,telah dikelirukan oleh kempen jahat tersebut. Mereka akhirnya membuang kelapa dan minyak kelapa daripada diet harian mereka.Malangnya para cerdik pandai yang dilahirkan di kawasan kelapa ini turut terpercaya dengan gelombang ini malah turut menjadi lidah penyambung dalam kempen mereka. Mereka tanpa sebarang rujukan yang kukuh telah membenarkan kenyataan yang sengaja diselewengkan.

Jika anda berkesempatan ,cubalah anda tanyakan kepada mereka itu; termasuk yang menjadi doktor dan petugas kesihatan ;apakah ada sebarang kajian saintifik yang diketahui oleh mereka atau yang dibaca oleh mereka mengenai keburukan minyak kelapa.Mereka tidak akan dapat memberikan jawapan atau hujah serta bukti yang meyakinkan kerana sebenarnya tidak ada sebarang kajian yang dibuat terhadap minyak kelapa yang berjaya membuktikan secara jelas dan nyata bahawa minyak kelapa yang murni sifatnya itu boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan.

Apa yang ahli dalam bidang perubatan pelajari serta fahami dan kemudiannya memberitahu kita adalah ; “lemak tepu adalah tidak baik untuk kesihatan” . Oleh kerana minyak kelapa adalah sejenis lemak tepu ,maka ianya juga dikatakan tidak baik untuk kesihatan terutamanya untuk jantung . Ini adalah fakta serta hujah yang umum ,yang kebanyakan ahli di bidang perubatan mempelajarinya daripada “kitab-kitab” perubatan semasa mereka belajar.

Mungkin ada yang telah membuat penyelidikan sendiri mengenai minyak kelapa melalui bahan-bahan bacaan seperti jurnal dan “buku-buku lama” mengenai kelapa.Mereka mungkin menemui beberapa fakta yang dapat menyakinkan diri mereka sendiri. Namun oleh kerana majoriti masyarakat termasuk cerdik pandai malah pengamal perubatan juga sudah terpengaruh dengan penyelewengan fakta yang dilakukan secara sistematik itu,maka mereka akhirnya terpaksa akur kepada majoriti.Apa yang mungkin anda akan dengar daripada mereka adalah ; “ Saya diberitahu oleh si anu dan si anu “. Atau anda akan diberitahu ; “doktor ini dan doktor pakar yang itu mengatakan sebegitu….”.

Tidak ramai berani tampil untuk menyatakan bahawa minyak kelapa adalah minyak yang baik untuk kesihatan ,meskipun mereka mungkin memiliki sedikit keyakinan terhadap. Sebabnya adalah kerana “dunia” sudah berjaya dipengaruhi oleh mereka yang mahu menghilangkan minyak kelapa dalam diet manusia dan menggantikannya dengan minyak sayuran yang mereka hasilkan.Usaha mereka itu hampir berjaya…. Kejayaan mereka itu sudah sampai ke kemuncak apabila para penanam kelapa sudah tidak lagi dapat mempertahankan tanaman kelapa dan menebangnya serta menggantikannya dengan tanaman lain. Tanaman kelapa tidak lagi menjadi tanaman komoditi dan sudah diturunkan taraf menjadi tanaman hiasan sahaja.

Tragedi malang itu sebenarnya bermula dengan suatu “ ceritera” yang dibesar-besarkan. Suatu ceritera yang “diokestrakan” sebegitu rupa sehingga menjadi amat sensasi sekali .Ceritera minyak kelapa mempunyai kolestrol dan membahayakan kesihatan ….

Amatlah malang juga kerana terdapat di kalangan para ahli di bidang perubatan dan kesihatan yang sebenarnya tidak mengetahui tentang hakikat minyak kelapa. Mereka tidak sedar bahawa tidak semua lemak tepu itu sama dan tidak semua lemak tepu memberikan kesan yang sama kepada badan. Sesungguhnya ada lemak tepu yang baik dan tidak membahayakan kesihatan. Lemak tepu seperti yang terdapat pada minyak kelapa atau Minyak Kelapa Dara adalah terdiri daripada jenis berantai sederhana (medium chain) ;yang berbeza sifatnya dan memberikan kesan yang berbeza kepada badan.

Asid lemak pada minyak kelapa dara adalah sejenis lemak tepu berantai sederhana (Medium Chain Fatty Acid - MCFA) yang bukan sahaja tidak membahayakan badan tetapi amat baik serta diperlukan untuk mengukuhkan tahap kesihatan badan kita. Hakikat inilah yang sebenarnya yang tidak tertulis di dalam kitab-kitab perubatan yang dipelajari oleh sebahagian ahli perubatan.

Perlu juga kita ketahui sebenarnya susu ibu yang kita minum semasa kita masih bayi terdiri daripada 45% hingga 50% lemak tepu. Hanya 35% daripada susu ibu adalah lemak mono tak tepu (mono unsaturated ) dan 15% hingga 20% pula adalah lemak poli tak tepu (poly unsaturated) .Jika semua lemak tepu berbahaya ,sudah tentulah kebanyakan bayi yang meminum susu ibu akan sakit dan kita yang meminum susu ibu itu juga tidak akan hidup segar hingga ke hari ini.

Susu ibu adalah susu yang amat sihat dan amat baik untuk kesihatan meskipun sebahagian besar daripada komponennya adalah lemak tepu . Jadi pendapat yang mengatakan semua lemak tepu adalah berbahaya adalah suatu pendapat yang tidak tepat dan mengelirukan.Dan sebagaimana minyak kelapa,susu ibu juga adalah terdiri daripada lemak tepu yang berantai sederhana dan komponen utama lemak tepu dalam susu ibu sebagaimana juga minyak kelapa adalah asid laurik dan asid kaprik yang berantai sederhana yang amat berguna untuk badan bagi melawan serangan penyakit.

Kita sesungguhnya boleh mencabar golongan yang mengatakan bahawa kelapa atau santannya atau minyaknya itu sebagai tidak baik untuk kesihatan ;supaya mengemukakan bukti yang kukuh berdasarkan kajian saintifik yang telah dijalankan oleh mana-mana pihak bagi menyokong dakwaan mereka itu. Mereka pastinya tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh.Sebenarnya kajian yang satu itulah (kajian ke atas minyak kelapa terhidrogenasi) yang digunakan oleh pengilang dan pedagang minyak soya untuk mengelirukan dan memesongkan kefahaman masyarakat terhadap minyak kelapa dan menyisihkan minyak kelapa daripada pasaran minyak boleh makan di barat.Tidak ada sebarang kajian yang lain yang dilakukan yang dapat membuktikan bahawan minyak kelapa itu tidak baik untuk kesihatan manusia.

Yang ada adalah kajian terhadap “lemak tepu” yang dibuktikan boleh membawa risiko yang besar terhadap jantung ,tetapi bukannya minyak kelapa. Memang benar minyak kelapa adalah sejenis lemak tepu namun sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini ,lemak tepu pada minyak kelapa adalah berbeza kerana ia adalah berantai sederhana.

Dalam masa yang sama juga, tidak banyak kajian mengenai kebaikan minyak kelapa dilakukan oleh para penyelidik terutamanya oleh institusi penyelidikan tempatan. Jika pun ada,ianya mungkin tercatat dalam jurnal-jurnal eksklusif yang tersorok dalam timbunan “kitab-kitab” ilmiah di perpustakaan di Universiti yang tidak dapat diperolehi dan dibaca oleh masyarakat awam.Amat sukar sekali mencari sebarang buku atau penulisan yang terperinci yang dibuat mengenai kelapa dan minyak kelapa.

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini para penyelidik dari Barat yang sedar mengenai kehilangan sumber makanan berkhasiat dalam pemakananan masyarakatnya khususnya kehilangan asid laurik yagndiperlukan oleh badan , sudah mula membuat penyelidikan terhadap minyak kelapa lebih-lebih lagi minyak kelapa dara.

“Trend” yang serupa dikesan telah mula berkembang di kalangan para ahli biokimia dan pemakanan di Malaysia .Paling tidak,beberapa kajian mengenai minyak kelapa dara dan juga beberapa asas mengenai sifat serta khasiat minyak ini sudah mula dikaji.Kemunculan minyak kelapa dara yang membawa imej baru diharapkan dapat membetulkan kembali tanggapan salah masyarakat terhadap minyak kelapa. Produk yang baik ini harus diadili secara wajar.

Isu kolestrol dalam minyak kelapa adalah isu yang tidak relevan yang sengaja diperbesarkan. Ia adalah suatu kekeliruan yang amat besar dan amat memilukan. Sudahlah masyarakat pengguna kita tidak begitu memahami mengenai “ hakikat kolestrol” ,mereka pula disesatkan oleh kelompok yang berkepentingan. Amat banyak sekali masyarakat pengguna kita yang terkeliru dengan hakikat kolestrol.Ada yang hanya pandai menyebut tetapi tidak faham hakikat sebenar. Yang mereka tahu, “ kolestrol boleh menyebabkan penyakit jantung” . Sebenarnya kolestrol adalah sesuatu yang diperlukan oleh badan dan tidak semua kolestrol berbahaya.Yang lebih aneh lagi adalah apabila kita dimomokkan dengan kempen bahawa minyak sayuran tidak mengandungi kolestrol. Sebenarnya kesemua minyak sayuran atau minyak yang dihasilkan daripada tumbuhan tidak mengandungi kolestrol.Jika ada pun ,ianya amat sedikit sekali.

Satu kajian mengenai kandungan kolestrol di dalam minyak dan lemak , mendapati bahawa keseluruhan minyak sayuran termasuk minyak kelapa dan minyak sawit,mengandungi sangat sedikit sekali kolestrol. Malahan minyak kelapa adalah yang paling sedikit mengandungi kolestrol iaitu antara 5 -24 unit per juta (parts per million) –Sila lihat jadual.

Jenis Minyak /Lemak Julat kandungan kolestrol (parts per million)
Minyak kelapa 5-24
Minyak kernel sawit 9-40
Minyak bunga matahari 8-44
Minyak sawit 13-19
Minyak soya 20-35
Minyak biji kapas 28-108
Minyak Rapeseed 25-80
Minyak jagung 18-95
Lemak lembu 800-1400
Mentega 2200-4100
Lemak babi 3000-4000


Justeru itu, kolestrol dalam minyak kelapa dara boleh disifatkan sebagai langsung tidak ada. Berdasarkan hakikat tersebut ,kesemua minyak masakan termasuk minyak sayuran dan juga minyak sawit di pasaran dilabelkan “ Tidak Mengandungi Kolestrol” oleh pengeluarnya.Hakikat ketiadaan kolestrol di dalam minyak daripada tumbuhan adalah sesuatu yang sememangnya begitu.Jadi kenapa para peniaga mempromosi suatu “hakikat yang biasa” pada minyak sayuran yang sememangnya tidak mengandungi kolestrol? Ianya kerana pihak yang ingin mempromosi minyak sayuran sudah pun berjaya menanam ke dalam minda masyarakat pengguna bahawa ; minyak kelapa mengandungi kolestrol,pengguna pun akan berpusu-pusu memilih minyak sayuran.Walhal semua minyak dari tumbuhan termasuk minyak kelapa boleh dikatakan tidak mengandungi kolestrol.

Mempromosi minyak sayuran sebagai tidak mengandungi kolestrol samalah seperti mempromosi air minuman yang bertapis sebagai sejenis air minuman istimewa yang tidak mengandungi garam.Memang semua air minuman bertapis yang dijual di pasaran tidak mengandungi garam ;jika pun ada mineral serupa garam ,ianya amat sedikit sekali.Itulah teknik pemasaran yang dilakukan oleh mereka yang mahu melariskan produk keluaran mereka. Yang menjadi mangsa adalah para pengguna yang tidak mempunyai ilmu mengenainya. Kita dikelirukan dengan sesuatu yang tidak kita fahami.

Sebagai pengguna yang bijak,kita seharusnya mempelajari dan memahami apa yang dimaksudkan dengan kolestrol dan apa yang bahayanya dengan kolestrol itu. Ini amat penting supaya kita tidak mudah tertipu dengan taktik pedagang dan peniaga yang kadang –kadang mengeksploit isu-isu seperti itu untuk melariskan produk mereka .Jika kita faham mengenai hakikat kolestrol ,kita akan tahu apa yang baik untuk kesihatan kita khususnya minyak yang kita makan setiap hari.

Sebahagian kita mungkin “terkejut” jika diberitahu bahawa kolestrol itu sebenarnya bukanlah suatu unsur yang tidak baik kepada badan kita. Malahan ia adalah salah satu daripada unsur yang dihasilkan oleh badan dan digunakan oleh badan untuk membolehkan kita sihat.Jika kolestrol itu diproses oleh badan dan diperlukan oleh badan,kenapa kita harus “memborong” fakta bahawa kolestrol itu berbahaya dan harus dielakkan ?Ini adalah satu contoh daripada kejahilan kita terhadap hakikat kolestrol.

Kolestrol adalah sejenis elemen dalam badan yang berlemak yang terdapat dalam saluran darah dan juga pada sel-sel badan . Kolestrol adalah diperlukan oleh badan untuk membina dan membaikpulih membran sel dan juga sebahagian hormon badan.Kira-kira 75% daripada kolestrol yang diperlukan oleh organ kita dihasilkan secara semulajadi oleh badan ,yakni oleh hati dan sebahagian lagi (25%) datangnya daripada makanan kita seperti daging,ikan dan produk-produk tenusu. Produk sayuran yang kita makan tidak mengandungi kolestrol termasuklah minyak daripada tumbuhan atau sayuran.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, apabila kita memakan minyak atau lemak selain daripada lemak yang berantai sederhana (MCFA) ,ianya akan dipecahkan menjadi unit-unit lemak yang lebih kecil oleh cairan hempedu dan enzim pankreas.Ianya kemudian diserap ke dalam saluran usus di mana ianya kemudian digumpalkan atau diadun dengan protein lalu membentuk lipoprotein.Lipoprotein ini kemudiannya dibawa melalui sistem limpatik (lymphatic system) dan dimasukkan ke dalam system saluran darah di mana ianya disalurkan ke seluruh badan. Semasa ianya disalurkan ke seluruh badan ,komponen lemak tadi dibahagikan kepada semua tisu-tisu badan.Lipoprotein pula terdiri daripada dua jenis iaitu “High Density Lipoprotein” (HDL) dan “Low Density Lipoprotein” (LDL).

LDL adalah dibentuk oleh lemak yang lebih banyak daripada protein. Kebanyakan kolestrol dalam badan kita disalurkan dalam bentuk LDL .LDL yang berlebihan boleh menyebabkan kolestrol berkumpul pada arteri jantung. Sebab itu LDL sering digelar “kolestrol yang jahat” (bad cholesterol).Manakala HDL pula dibentuk oleh lebih protein daripada lemak dan lebih sedikit jumlah kolestrol yang disalurkan ke dalam badan kita dalam bentuk HDL.HDL berfungsi membawa kolestrol yang berbaki pada arteri dan menghantarnya ke hati untuk diproses lanjut. Justeru itulah HDL digelar “kolestrol yang baik “(good cholesterol).

Bila kita mengukur oleh kolestrol dalam badan,kita mengukur kandungan “lipoprotein” .Doktor akan menunjukkan kepada kita hasil ujian tahap kandungan “High Density Lipoprotein” (HDL) dan “Low Density Lipoprotein” (LDL).Jika LDL kita tinggi bermakna kita mempunyai risiko sakit jantung dan jika kita mempunyal HDL yang tinggi ,kita boleh dikatakan sihat.Namun yang lebih daripada itu ialah kita perlu mempunyai kadar (ratio) LDL dan HDL yang seimbang.

Kadar LDL yang sesuai pada badan yang sihat adalah antara 100mg/deciliter hingga 130mg /deciliter.Manakala kadar HDL yang sihat adalah antara 40mg/deciliter. Jumlah kolestrol dalam badan yang sihat pula haruslah kurang daripada 20mg /deciliter.Seperti yang diuraikan sebelum ini, minyak kelapa dara yang kita makan meskipun bersifat “lemak tepu”,namun ia adalah terdiri daripada asid lemak berantai sederhana (MCFA).Oleh kerana molekul MCFA lebih kecil ,ianya memerlukan lebih sedikit tenaga dan lebih sedikit enzim untuk memecahkannya bagi tujuan penghadaman.Malahan MCFA ini amat mudah dipecahkan oleh enzim dalam air liur dan cecair gastric selepas ianya melalui mulut kita, sehinggakan enzim pakreatik penghadam lemak hampir tidak diperlukan.

Jadi berdasarkan sifat MCFA yang istimewa ini,ia diproses secara berbeza dengan lemak yang lain.Ia dihantar terus ke hati dan tidak digumpalkan dengan protein sebagaimana yang berlaku kepada lemak yang berantai panjang.Ia terus dihantar ke hati dan diproses menjadi tenaga. Dalam hal ini,proses metabolisme MCFA seolah-olah menyerupai kaborhidrat.Berdasarkan kepada hakikat proses yang sedemikian itu, maka lemak MCFA seperti yang terdapat pada minyak kelapa tidak akan berpeluang untuk menggumpal bersama protein serta membentuk lipoprotein.Andainya hanya MCFA yang diambil oleh badan kita,maka kesemuanya akan dibakar menjadi tenaga dan tidak timbul kemungkinan ianya akan menjadi kolestrol.Jadi minyak kelapa sebenarnya tidak berpotensi menjadi penyebab kepada peningkatan serum kolestrol.

Adalah amat jelas bahawa lemak yang terdapat dalam minyak kelapa dara adalah tidak mengandungi kolestrol dan ianya selamat ,malahan amat baik dimakan. Jika ada orang yang mendakwa bahawa minyak kelapa dara ini mengandungi kolestrol yang tinggi ,minta ia tunjukkan atau buktikan satu analisis ke atas minyak yang telah dibuat oleh mana-mana pihak ke atas minyak ini yang membuktikan bahawa adanya kolestrol (yang signifikan ) di dalamnya.Minta juga ia buktikan bagaimana minyak kelapa dara ini boleh menyebabkan peningkat serum kolestrol dalam badan.Dia tidak akan dapat membuktikannya kerana kesemua dakwaan seperti itu bukanlah sifat sebenar minyak kelapa dara.Lemak yang terdapat pada minyak kelapa dara adalah lemak daripada jenis MCFA yang tidak menyumbang kepada peningkatan kolestrol terutamanya LDL,sebagaimana yang diperkatakan oleh sesetengah pihak yang tidak memahaminya.

Itulah beberapa kekeliruan dan salah faham yang timbul dalam minda masyarakat kita selama ini dan menyebabkan mereka menolak minyak kelapa. Berdasarkan fakta yang dihuraikan ini,kita seharusnya jelas dan meyakini bahawa minyak kelapa terutamanya versi minyak kelapa dara ini,TIDAK mengandungi kolestrol ,TIDAK menyumbang kepada peningkatan serum kolestrol dalam badan dan TIDAK menyebabkan penyakit jantung.

Minyak Kelapa Dara Amat Selamat Digunakan

Minyak kelapa dara ini sesungguhnya tidak akan mendatangkan sebarang mudarat kepada kita.Umumnya minyak kelapa dara adalah amat selamat dimakan oleh semua orang ,baik yang telah terlalu tua ataupun bayi-bayi yang tidak cukup umur.Ini dibuktikan apabila minyak ini digunakan di hospital sebagai formula makanan untuk orang yang tua dan juga bayi yang bermasalah seperti tidak cukup umur dan tidak memiliki sistem penghadaman yang sempurna. Jika minyak kelapa ini bahaya kepada kesihatan, tentulah ianya tidak akan dijadikan formula makanan kepada bayi dan juga orang yang tua.

Minyak ini juga telah dikategorikan oleh Food and Drug Administration (FDA) Amerika sebagai makanan yang selamat dan disenaraikan oleh FDA di bawah kategori “ pada umumnya disifatkan sebagai selamat” (Generally regarded as Safe - GRAS).Adalah sesuatu yang amat mustahil bagi sebuah badan berauthoriti mengenai makanan dan pemakanan di Amerika untuk menyatakan sesuatu tanpa alasan yang kukuh ataupun tanpa kajian yang teperinci dibuat ke atasnya. Jadi adalah sesuatu yang pelik jika ada pihak menyatakan bahawa minyak kelapa ataupun minyak kelapa dara ini tidak selamat untuk dimakan.

Yang banyak mencanangkan cerita bahawa minyak ini berbahaya kepada jantung dan kesihatan adalah American Soyabean Association (ASA). Berbeza dengan FDA yang merupakan sebuah badan berauthoriti di Amerika ,ASA hanyalah sebuah persatuan yang dianggotai oleh penanam ,pengilang dan pedagang kacang soya serta minyak kacang soya di Amerika.ASA yang ditubuhkan bagi memperjuangkan soya dan minyak soya ,semestinyalah mencari jalan untuk memburukkan minyak kelapa bagi menghalang populariti minyak yang boleh mengancam penguasaan perniagaan mereka di Amerika dan di dunia yang bernilai puluhan billion dolar itu.

Justeru itu, mereka mencari apa sahaja sebab musabab untuk memperkecilkan kehebatan minyak kelapa malah mencari apa jua alasan untuk menakut-nakutkan pengguna terhadap minyak ini.Mereka kemudiannya terjumpa suatu kajian yang didapati dapat dikelirukan dan mempengengaruhi pengguna seluruh dunia. Mereka akhirnya berjaya.Yang tertipu dan diperbodohkan adalah kita yang mempercayai tipu helah ASA melalui media yang dibeli oleh mereka. Kita dan masyarakat dunia kemudian membuang minyak kelapa daripada hidangan harian.

Minyak kelapa dara juga adalah minyak yang sangat baik dan selamat untuk kesihatan kerana sifatnya yang lebih tahan terhadap pemanasan.Oleh kerana minyak ini terdiri daripada 92% asid lemak tepu,jadi ianya tetap stabil meskipun mengalami pemanasan ketika digoreng atau dipanaskan.Oksidasi tidak mudah berlaku kerana ianya bersifat tepu.Struktur molekulnya sangat stabil dan tidak mudah berubah apabila dipanaskan.Oleh yang demikian, kemungkinan minyak kelapa menghasilkan radikal bebas atau menjadi toksik akibat pemanasan semasa ianya dimasak atau digoreng adalah amat kecil kecuali dipanaskan pada suhu yang terlalu tinggi atau dipanaskan berulang-ulang kali.

Sebaliknya minyak sayuran yang mengandungi banyak lemak tak tepu (mono atau polyunsaturated) digunakan untuk menggoreng atau memasak,ianya lebih mudah terdedah kepada kemungkinan menjadi rosak (rancid) atau teroksidasi.Malahan ada sebahagian daripada jenis minyak tersebut menghadapi risiko menjadi rosak jika terdedah kepada cahaya matahari.Sebab itulah sebelum ini, para pengeluar minyak sayuran tertentu menggunakan bekas minyak yang tidak lutsinar (berwarna kuning) bagi mengelakkan risiko kerosakan akibat kemungkinan pendedahan kepada cahaya matahari.Namun minyak ini kemudiannya diolah supaya menjadi lebih stabil.Tetapi pada hakikatnya minyak poli tak tepu ini adalah sangat mudah teroksidasi.Jika berlaku pemanasan,struktur kimianya akan mengalami perubahan.Ia akan mengalami proses polimerisasi dan minyak tersebut akan menjadi toksik serta karsinogenik.

Sebenarnya minyak yang rosak inilah yang menjadi punca kepada banyak jenis penyakit. Memakannya dengan berlebihan boleh membawa risiko kanser ,sakit jantung ,kerosakan organ pembiakan dan juga paru-paru.Sebab itulah kebanyakan minyak-minyak bersifat mono dan poli tek tepu ini termasuklah juga minyak zaitun ,lebih sesuai digunakan sebagai “dressing” sahaja. Budaya masyarakat barat atau di Asia Barat serta Afrika sememangnya mengambil minyak melalui cara “menuangnya” ke atas makanan tertentu atau sayuran tanpa di masak.Kita mungkin merasa pelik bila melihat orang Arab atau Afrika “mencicah” roti dengan minyak .Memang begitu budaya mereka yang mengambil minyak sayuran kerana ia lebih selamat dalam bentuk begitu.

Minyak sayuran yang mengandungi asid lemak tak tepu (unsatured fatty acid) yang melalui proses pemanasan adalah amat mudah terbinasa kerana strukturnya yang tidak stabil.Minyak poli tak tepu ini mengandungi lebih daripada satu rantai karbon (carbon chain) yang terikat melalui ikatan berganda (double bond) dan menjadikannya tidak stabil.Contoh asid lemak tak tepu adalah asid oleic (C18:1) yang banyak terdapat di dalam minyak zaitun dan minyak kanola.Manakala asid lemak poli tak tepu pula adalah seperti asid linoleik (C18:2) dan asid alpha linoleik (18:3) yang banyak terdapat pada minyak bunga matahari ,minyak soya ,jagung, grapeseed dan juga safflower.

Sebaliknya memasak dengan menggunakan minyak kelapa dara atau minyak isirong kelapa sawit yang tepu sifatnya adalah lebih selamat berbanding dengan minyak sayuran yang tidak tepu yang mudah rosak sifat kimianya akibat pemanasan yang berlaku ke atasnya.Inilah hakikat yang berlaku ke atas minyak yang kita masak dan dihidangkan kepada kita setiap hari. Namun begitu ,kempen dan promosi minyak sayuran Amerika telah berjaya mengelirukan kita .Minyak sayuran seperti minyak soya ,bunga matahari ,jagung dan juga minyak kanola,mungkin sudah rosak dan juga mengandungi radikal bebas dan menjadi toksik akibat pemanasan ketika minyak itu diproses lagi khususnya ketika menjalani proses RBD (refine,bleach and deodorize) itu.

Minyak tersebut barangkali kelihatan menarik daripada segi penampilannya ,namun ianya mungkin boleh membahayakan badan kita serta boleh mengakibatkan kesan buruk kepada diri kita.Amat malang sekali kerana ramai di antara kita yang tidak begitu tahu menilai minyak yang mana baik untuk dimakan.Adalah sesuatu yang amat tragis kerana terdapat dikalangan kita yang tidak menyedari bahawa minyak kelapa dan juga minyak sawit (minyak isirong sawit) adalah jauh lebih baik dan lebih selamat daripada minyak sayuran.

Barangkali kebanyakan kita terpengaruh dengan kempen dan promosi yang dibuat oleh pengilang dan peniaga minyak sayuran dari Amerika.Mereka sebenarnya sudah lama membuat kerja “jahat” memburuk-burukkan minyak tropika yang berkhasia dan mempromosi minyak sayuran yang sebhagiana besarnya amat tidak menyihatkan.

Sebagaimana kejayaan “junk foods” serta kebanyakan “fast foods” yang tidak berkhasiat yang telah berjaya menarik minat sebahagian besar kanak-kanak untuk memakannya akibat kempen serta promosi besar-besaran yang dilakukan,begitu juga dapat dilihat kejayaan mereka dalam mempromosi minyak sayuran yang sangat berpotensi mendatangkan mudarat itu.Usaha yang dibuat melalui kempen dan promosi yang hebat serta menelan kos yang tinggi tersebut telah berjaya mengelirukan dan mempengaruhi sebahagian besar daripada masyarakat pengguna.Masyarakat duni akhirnya membuang minyak kelapa yang berkhasiat tinggi dan memilih untuk menggunakan minyak sayuran yang berpotensi mendatangkan mudharat.

Kita di nusantara ini sebenarnya dianugerahkan dengan suatu jenis minyak dengan sifat-sifat yang baik untuk kesihatan ,namun kita juga membuangnya daripada hidangan kita.Kita memiliki sumber minyak yang terbaik di atas muka bumi,namun tidak ramai daripada kita yang menyedarinya apatah lagi menggunakannya.Sudah tiba masanya untuk kita kembali kepada minyak kelapa yang sangat tinggi nilainya kepada pemakanan dan kesihatan kita. Minyak kelapa versi Minyak Dara yang dihasilkan melalui proses bioteknologi ini adalah minyak yang amat selamat untuk dimakan ,amat istimewa dan sangat menakjubkan.

Minyak Kelapa Dara Tiada Lemak Trans

Satu lagi isu yang semakin hebat diperkatakan dalam aspek makanan dan pemakanan adalah asid lemak trans ( Trans Fatty Acid).Isu ini sudah menjadi isu global dan mendapat perhatian pihak berkuasa kesihatan di banyak Negara maju. Pihak ini sudah menetapkan kadar tertentu kehadiran asid lemak trans dalam makanan yang diproses.Ada yang menetapkan serendah 2% daripada jumlah lemak di dalam sesuatu makanan yang diproses .Ini menggambarkan betapa pentingnya kawalan terhadap elemen asid lemak trans.

Asid lemak trans (asid lemak palsu) ini terhasil daripada minyak sayuran yang telah menjalani proses hidrogenasi atau separa hidrogenasi (partially hydrogenated) daripada minyak yang cair ,ia diproses supaya menjadi keras dan supaya lebih stabil.Ianya digunakan untuk membuat marjerin atau lepa dan juga sebagai “shorthening” yang digunakan dalam industri pembuatan roti ,biskut dan kek.Lemak trans ini juga digunakan dikebanyakan restoran makanan segera khususnya bagi proses “goreng –benam”(deep frying).Kajian saintifik telah membuktikan bahawa asid ini amat berbahaya sekali terhadap jantung kerana ia boleh meningkatkan serum kolestrol darah.Meskipun sebahagian daripada asid lemak ini juga terdapat secara semulajadi dalam produk tenusu dan daging,namun sebahagian besar lemak ini datangnya daripada minyak sayuran yang telah terhidrogenasi.

Lemak trans ini telah dikaitkan dengan risiko penyakit jantung kerana ianya boleh meningkatkan paras kolestrol dalam darah. Asid lemak ini adalah sangat berbahaya kepada kesihatan dan banyak pihak telah berusaha untuk membuang lemak ini daripada makanan yang diproses seperti roti , kek dan biskut.Kita selama ini tidak sedar bahawa badan kita telah banyak menelan lemak jenis ini dan telah menyumbang kepada beberapa jenis penyakit termasuklah kegemukan yang menjadi-jadi di kalangan anak remaja kita. Hal ini berlaku kerana restoran rangkaian makanan segera yang diminati oleh generasi muda adalah antara yang banyak menggunakan lemak trans ini.Beberapa marjerin shorthening yang kita makan dijangka mengandungi setinggi 25-40% asid lemak trans.

Minyak kelapa yang tepu tidak sesuai untuk dijadikan lemak trans ini kerana ia adalah lemak tepu yang stabil dan tidak perlu menjalani proses hidrogenasi.Yang banyak digunakan untuk menghasilkan lemak trans adalah minyak sayuran yang sifatnya poli tak tepu. Minyak kelapa dara tidak tergolong dalam kategori minyak yang boleh menjadi lemak trans dan oleh itu ianya amat sihat digunakan dalam makanan kita.

Minyak kelapa dara ini boleh dijadikan bahan gentian dalam pembuatan roti , kek dan biskut. Persoalannya adalah rumusan formulanya. Pembuat produk makanan yang mengutamakan kesihatan pengguna haruslah kreatif dan agresif dalam mencari formula bagaimana minyak kelapa dara ini boleh dirumuskan dalam proses pembuatan makanan tersebut bagi menggantikan lemak trans.

Minyak Kelapa Dara Adalah Makanan Berfungsi

Minyak kelapa dara memainkan peranan yang unik dalam diet kita kerana ia adalah merupakan sumber kepada komponen yang memberikan fungsi fisiologikal yang sangat penting.Semua komponen pemberi fungsi fisiologikal ini terdapat pada lemak minyak kelapa dara. Justeru itu, minyak ini bukan sekadar minyak .Ia adalah sejenis makanan berfungsi (functional foods) yang dapat memberikan manfaat yang banyak kepada badan kita. Sebagai makanan berfungsi ,minyak ini mengandungi asid lemak yang menyediakan tenaga dan juga bahan-bahan untuk komponen berfungsi dalam badan selepas ianya dimakan .Bahan yang unik dan penting ini adalah asid lemak yang bersifat anti-mikrobial dan monogliserid.

Jadinya minyak kelapa dara tidak hanya sekadar pembekal lemak kepada badan kita tetapi ia sebenarnya adalah sejenis makanan yang dapat menyihatkan badan serta menjadikan badan kita lebih bertenaga untuk melawan serangan penyakit yang disebabkan oleh bacteria ,virus ,kulat dan protozoa.Apabila kita memakan minyak ini,kita sebenarnya tidak hanya membekalkan lemak kepada badan yang kemudiannya diproses menjadi tenaga ,tetapi minyak yang mengandungi asid lemak yang istimewa ini juga turut membekalkan bahan-bahan bagi menjadikan tubuh kita sihat dan berupaya menahan serta melawan serangan kuman pembawa penyakit.

Pada kebiasaannya apabila kita sakit akibat infeksi bakteria atau jangkitan fungus ,kita akan diberi ubat yang khusus dirumus untuk melawan penyakit tersebut.Kita juga diberi antibiotic bagi melawan serangan kuman tersebut.Namun begitu,jika kita dijangkiti virus kita tidak akan diberikan ubat atau antibiotik .Ini kerana tidak ada ubat untuk melawan virus. Yang boleh melawan virus hanyalah antibodi yang terdapat atau dibina di dalam badan kita. Biasanya kita akan diberikan suntikan vaksin tertentu lebih awal ke dalam badan untuk membina antibodi,khususnya bagi menahan atau melawan serangan virus tertentu.Antibiotik yang kita makan sebenarnya tidak boleh membunuh virus.Kita hanya boleh membina sistem pertahanan (immunity) badan dan minyak kelapa dara memiliki kualiti tersebut.

Minyak kelapa dara yang kita makan sesungguhnya mempunyai keupayaan membunuh bakteria dan virus.Seperti yang dijelaskan sebelum ini, kandungan utama minyak kelapa dara adalah asid laurik ,asid kaprik dan asid kaprilik yang memiliki kualiti anti mikroorganisma.Asid ini mempunyai kualiti membunuh bakteria dan virus tertentu.Inilah keistimewaan yang terdapat pada minyak kelapa dara.Selain kita memakannnya bagi membekalkan tenaga pada badan ,ia juga berfungsi untuk membina ketahanan badan melawan serangan bakteria,virus ,fungus dan protozoa.Di samping itu,minyak ini juga membekalkan vitamin-vitamin dan juga mineral tertentu kepada badan.Memakan minyak kelapa dara bukan sekadar memakan minyak tetapi kita juga memakan sejenis makanan yang berfungsi besar.

APAKAH KEGUNAAN MINYAK KELAPA DARA?

Minyak Kelapa Dara Sebagai Makanan Tambahan

Minyak kelapa dara boleh dijadikan sebagai makanan tambahan (food Suppliments) untuk membina badan yang sihat. Minyak ini sudah diterima dan amat popular sebagai salah satu bentuk makanan tambahan yang amat tinggi nilai dan amat berguna kepada badan.Sebagai makanan tambahan,minyak kelapa dara diambil pada kadar 3-4 sudu besar setiap hari.Jumlah ini akan menyempurnakan keperluan asid laurik pada badan kita.

Meminum minyak seperti minyak kelapa dara mungkin sesuatu yang tidak menarik bagi sesetengah orang barangkali meloyakan meskipun minyak ini tampak menarik kerana warnanya yang jernih.Bagi tujuan meningkatkan selera terhadap minyak ini,kita boleh mengubahsuai prestasinya dengan menambah nilai rasa dan aroma ke atasnya.Bagi memudahkan kita meminum atau memakannya dengan mudah ,kita boleh mencampurkan 2 sudu minyak kelapa dara dengan 1 sudu madu lebah atau sedikit limau nipis atau lemon. Boleh juga dicampurkan setengah cawan sedikit air panas atau suam bagi memudahkan kita meneguknya.Ia akan menjadi minuman yang amat enak serta berkhasiat sekali dan boleh kita minum setiap pagi atau juga malam.

Pada kali pertama atau kedua kita meminum minyak ini, kemungkinan akan berlaku sedikit tindakbalas pada badan kita.Perut kita akan terasa memulas dan kemungkinan akan berlaku sedikit keadaan seperti cirit-birit.Ia adalah fenomena biasa dan tidak akan kekal lama. Tindakbalas seperti itu adalah fenomena biasa apabila kita memakan sesuatu yang membawa kesan “ubat” kepada makhluk perosak di dalam badan. Segala toksin dan radikal bebas dalam badan akan bertindakbalas dan akan berlaku “perlawanan” serta membawa sedikit kesan sampingan.Begitu juga bila kita mengenakan minyak ini pada kulit .Tindakbalas toksin dan radikal bebas juga dijangka akan berlaku.Jangan bimbang dan jangan berhenti mengambil minyak ini.

Jika kita mengamalkan minyak ini secara konsisten,kita nantinya akan dapat melihat perubahan kepada tahap kesihatan badan kita atau terhadap penyakit yang kita hadapi dalam tempoh 4 hingga 6 minggu.Badan akan terasa lebih sihat.Ada yang dapat menunjukkan kesan dalam tempoh yang lebih singkat.Demam selsema contohnya,mungkin hanya dapat dirawat dalam tempoh 2 atau 3 hari sahaja.Bagi penyakit lain yang lebih serius,masanya mungkin lebih lama.Kita juga boleh mengambil minyak kelapa dara ini dalam bentuk sofgel yang diproses oleh sesetengah pengusaha minyak kelapa dara.Namun untuk menyamai “dose” 3-4 sudu besar minyak kelapa dara setiap hari,kita mungkin terpaksa memakan kira-kira 20 BUTIR (1000mg setiap butir) sofgel.Hal ini mungkin akan menyukarkan kita.Kita juga mungkin mengambil lebih banyak gelatin yang membungkus minyak daripada apa yang sepatutnya.

Lagipun mengambil minyak ini dalam bentuk sofgel kurang berkesan berbanding cara meminumnya secara terus.Ini kerana minyak ini,dalam bentuk sofgel akan memakan masa yang agak lama untuk dihancurkan dan dihadam oleh perut.Walhal jika kita meminum minyak secara terus,ianya akan terus diproses sebaik sahaja ianya melepasi kerongkong.Ia sebenarnya mengalami proses sebaik sahaja bersentuhan dengan air liur kita.Jika kita sudah membiasakan diri meminum minyak ini setiap hari,kita nantinya akan terbiasa dan tidak lagi akan menghadapi masalah untuk memakan atau meminumnya.Apatah lagi pada masa kini,kita sudah boleh memperolehi minyak ini dalam pelbagai perisa seperti perisa halia,mint ,pandan dan juga campuran lain.Gandingan perisa tersebut tidak banyak merubah nilai asas minyak ini.

Minyak Kelapa Dara Sebagai Minyak Masakan

Minyak kelapa dara adalah minyak untuk masakan yang paling ideal.Minyak ini memang telah menjadi minyak masyarakat nusantara malahan masyarakat dunia sejak dulu lagi. Namun apabila minyak kelapa atau digelar minyak tropika oleh masyarakat barat difitnahkan sebagai penyebab penyakit jantung,maka ianya dibuang daripada menu masakan.Namun begitu suatu perkara yang tidak banyak diketahui orang adalah bahawa minyak kelapa yang sifatnya tepu (saturated) itu sebenarnya lebih stabil jika dipanaskan pada suhu yang tinggi berbanding dengan minyak sayuran yang lain yang kebanyakannya bersifat mono tak tepu (mono-unsaturated) dan poli tak tepu (poly-unsaturated).

Oleh kerana suhu didih minyak kelapa itu tinggi,maka ianya tahan terhadap pemanasan dan tidak mudah terbinasa atau terhidrogenasi apabila dipanaskan berbanding dengan minyak sayuran yang tidak tahan panas. Apabila minyak sayuran yang bersifat mono dan poli tak tepu ini dipanaskan,ia akan mudah teroksidasi dan akan mengakibatkan terbentuknya toksin dan radikal bebas yang boleh mengancam kesihatan badan.Oleh itu memilih minyak sayuran untuk menggoreng masakan bukanlah suatu pilihan yang bijak kerana minyak tersebut akan mudah terhidrogenasi dan membahayakan kesihatan.Minyak sayuran mungkin lebih sesuai dimakan dalam bentuk tidak dipanaskan.Memasak dengan minyak kelapa dara adalah lebih selamat kerana minyak ini stabil atau tahan terhadap suhu yang panas.

Cuma barangkali kita tidak begitu biasa dengan minyak ini yang mengeluarkan sedikit bau yang agak asing (yang sebenarnya harum). Ini kerana kita sudah terbiasa dengan minyak goreng yang hampir tidak berbau (odourless) akibat menjalani proses nyah-bau.Dan juga barangkali kebanyakan kita kurang selesa dengan beberapa jenis minyak kelapa dara yang dipanaskan untuk menggoreng ,kerana ia mudah mengeluarkan asap yang agak banyak pada pertama berbanding dengan minyak RBD.Ada proses khusus untuk menghilangkannya.Kebanyakan minyak ini perlu menjalani sedikit lagi proses lanjutan bagi menghilangkan cirri yang kurang enak itu.Namun begitu,bagi tujuan menumis sayuran atau membuat kari dan sebagainya, perkara tersebut tidaklah menjadi masalah yang besar.Malahan kini sudah terdapat jenama minyak kelapa dara yang diproses khusus untuk tujuan menggoreng dengan mengekalkan kehadiran unsur utama di dalamnya terutamanya asid laurik.

Jika kita sayangkan badan kita dan mahukan anggota dalaman seperti jantung, hati, buah pinggang ,paru-paru, dan sebgainya memperoleh “ makanan” yang sihat;pastikan kita menggunakan minyak yang sihat dalam masakan dan minyak paling sihat adalah minyak kelapa dara. Harganya mungkin mahal sedikit,tetapi kos rawatan terhadap anggota badan kita yang rosak akibat daripada “ minyak perosak” yang murah adalah jauh lebih mahal.

Minyak Kelapa Dara Sebagai Minyak “Dressing “ Dan “Lepa”

Minyak ini juga amat sesuai digunakan untuk tujuan “dressing” sayuran (salad). Bagi mereka yang terbiasa dengan “ salad” bagi hidangan hariannya, minyak ini boleh dijadikan sebagai minyak “dressing” yang lebih berkhasiat. Memakan “salad” dengan menggunakan minyak “ dressing” adalah merupakan suatu amalan pemakanan yang amat baik.Kita akan dapat memakan sayuran dalam bentuk segar dan mendapat bekalan lemak yang alami.Ia amat menyihatkan dan harus menjadi amalan kita.Selain daripada memakan min yak ini dalam bentuknya yang semulajadi,kita juga akan dapat merasai keenakan aromanya berbanding dengan minyak yang lain.

Minyak ini juga boleh dijadikan “lepa” (spread) menggantikan “marjerin” untuk disapukan pada roti.Kita boleh menyapunya dalam bentuk minyak yang cair atau dalam bentuk yang beku seperti mentega.Untuk mendapatkan minyak ini dalam bentuk yang beku,kita hanya perlu menyimpannnya dalam peti sejuk dan ia akan membeku pada suhu kurang 25C. Adalah amat baik jika kita dapat memnjadikan minyak ini sebagai “lepa” menggantikan marjerin yang kebanyakannya diperbuat daripada lemak yang sudah terhidrogenasi.Lemak yang terhidrogenasi sesungguhnya amat tidak baik untuk kesihatan kita lebih-lebih lagi terhadap anak-anak kita yang amat menggemari makanan segera yang banyak diperbuat daripada lemak terhidrogenasi ini. Lemak terhidrogenasi ini telah didapati mengandungi Asid Lemak Trans dan boleh menyebabkan peningkatan paras kolestrol dan seterusnya membahayakan jantung.Seboleh-bolehnya elakkanlah daripada menggunakan marjerin sebagai “lepa” pada roti dan gantikannya dengan minyak kelapa dara atau paling tidak keju yang lebih menyihatkan.Banyak orang sangat sensitif apabila memakan makanan berminyak seperti mee,nasi goreng atau kari berlemak.Tetapi mereka terlupa bahawa roti,kek atau biskut yang dimakan juga diperbuat daripada lemak yang malahan lebih berbahaya iaitu lemak trans daripada marjerin atau “shortening”.

Ada orang yang konon-kononya takut bersarapan nasi lemak kerana diperbuat daripada santan kelapa yang berkolestrol ( kononnnya). Dia dengan bangga dan penuh yakin bersarapan roti bakar dicampur marjerin.Walhal sudahlah roti itu diperbuat dengan menggunakan “shortening” yang mengandungi asid lemak trans, marjerin yang disapu pada roti juga mengandungi asid lemak trans. Ditambah pula jika dibakar sedikit terlebih sehingga bertambah rosak pula lemak marjerin tersebut dan mengundang pula elemen-elemen karsinogenik dalam roti tersebut. Sarapan paginya itulah sebenarnya “pembawa” bencana kepada badannya. Oleh itu jika perlu kita memakan roti yang perlu disapu “lepa” ,gunakanlah minyak kelapa dara yang beku.Mungkin ianya tidak begitu enak ,tetapi ianya lebih menyihatkan.

Minyak Kelapa Dara Sebagai Minyak Sapuan Atau Minyak Urutan

Minyak adalah amat sesuai sebagai minyak sapuan dan urutan.Minyak ini boleh disapu sebagaimana adanya,iaitu dalam bentuk minyak kelapa yang utuh tanpa sebarang campuran.Ianya adalah amat baik untuk kulit dan juga rambut.Minyak ini adalah amat sesuai untuk merawat penyakit kulit.Beberapa jenis pen yakit kulit yang disebabkan oleh kulat dan organisme mikro yang lainnya boleh dirawat oleh minyak ini.Ini kerana minyak ini memiliki ciri anti-kulat (anti-fungus).

Bebebrapa kerosakan pada kulit yang disebabkan oleh organisme mikro dan juga pendedahan kepada cahaya matahari serta gangguan persekitaran yang merosakkan kulit juga dapat dirawat dengan sapuan minyak kelapa dara.Bagi tujuan menambah kesan yang lebih baik kepada rawatan kulit dan penyakit kulit,beberapa jenis herba boleh dicampurkan ke dalam minyak kelapa dara. Herba seperti ekstrak kunyit,halia,limau purut,minyak “tea tree” dan sebagainya boleh dicampur ke dalam minyak ini sama ada dengan menggunakan minyak pati herba tersebut atau diproses dengan kaedah-kaedah tertentu.Melalui campuran ini pati herba yang mengandungi ubatan tertentu dapat dimasukkan ke dalam kulit .Minyak kelapa dara adalah minyak pembawa (carrier oil) yang amat baik kerana ia mudah dan cepat menyerap ke dalam kulit.

Minyak Kelapa Dara Sebagai Minyak Rambut.

Minyak kelapa dara adalah minyak yang amat ideal untuk rambut kita. Masyarakat di nusantara dan kepulauan pasifik sejak zaman nenek moyang mereka telah menggunakan minyak kelapa dan juga santan kelapa untuk merawat rambut mereka.Kesan daripada penggunaan minyak kelapa dan santan kelapa dalam merawat rambut mereka ,masyarakat di nusantara dan kepulauan pasifik telah membuktikan bahawa rambut mereka lebih sihat dan cantik,tidak gugur dan tidak berkelumumur.

Penelitian yang dibuat terhadap masyarakat di kepulauan pasifik yang masih mengekalkan amalan memakan kelapa sebagai diet utama mereka dan minyak kelapa sebagai ramuan perawatan rambut dan kulit telah membuktikan penampilan rambut yang indah dan menawan.Walaubagaimanapun datuk nenek kita dahulu tidak dapat menjelaskan secara saintifik bagaimana minyak kelapa yang mereka gunakan itu dapat menjadikan rambut mereka kekal cantik dan indah.Namun fenomena kebaikan minyak kelapa dalam penampilan rambut mereka yang cantik dan sihat itu tidak dapat dipertikaikan kerana ianya adalah suatu hakikat yang telah dibuktikan dan dapat dilihat dalam kehidupan masyarkat yang mengamalkan penggunaan minyak kelapa ini.

Minyak kelapa dara juga kini telah digunakan sebagai tonik perawatan rambut.Kita boleh menyapunya ke rambut atau kulit kepala bagi membolehkan rambut menjadi sihat dan cantik.Antara kesan yang dapat dilihat adalah warna rambut akan menjadi lebih hitam dan kelemumur akan hilang.Rambut yang gugur juga akan dapat dirawat dengan minyak kelapa dara.Rambut juga akan menjadi lebih lembut,ceria dan tidak akan gugur.Inilah antara kelebihan menggunakan minyak ini dalam merawat rambut kita.Cuma barang kali kita agak kurang selesa untuk menggunakan minyak kelapa dara yang ada dipasaran kerana baunya yang mungkin kurang menarik berbanding minyak rambut moden yang diadun dengan pewangi.Namun kita boleh mengubahsuai bau minyak ini dengan memasukkan sedikit minyak pati seperti “lavender”,”jasmine”,”ylang –ylang”dan seumpamanya.

Amalan yan g lebih praktis dan berkesan adalah dengan menyapu atau melumurkan minyak ini pada rambut dan kulit pada waktu malam sebelum kita tidur.Lapikkan bantal dengan kain yang sudah dicuci bagi mengelakkan kesan minyak pada bantal.Bilas rambut pada pagi esoknya.Jika syampu diperlukan ,sebaiknya gunalah syampu yang diperbuat daripada minyak kelapa dara untuk membilas.Jika tidak ,membilas dengan air suam sudah cukup untuk menanggalkan kesan-kesan minyak pada rambut.Amalkan penggunaan minyak kelapa dara ini dua atau tiga kali seminggu.Kita akan dapat melihat perubahan yang nyata akan berlaku terhadap rambut kita selepas satu minggu. Rambut akan kelihatan ceria.

Minyak Kelapa Dara Sebagai “Minyak Aromatherapy”

Minyak kelapa dara juga berpotensi untuk menjadi “minyak pembawa” (carrier oil) kepada minyak pati (essential oil) yang digunakan dalam industri rawatan “aromatherapy” .Dalam rawatan ini, minyak pembawa yang dicampurkan dengan minyak pati ini digunakan untuk sapuan atau urutan pada tubuh.Ini adalah salah satu jenis rawatan dalam aromaterapi selain daripada menghidu aroma minyak tumbuhan termasuk minyak pati yang dipercayai memiliki kesan tertentu terhadap fizikal dan juga fisiologi seseorang.

Minyak patu yang digunakan dalam rawatan aromaterapi adalah amat pekat kandungannya dan tidak boleh disapu terus ke kulit.Untuk itu,minyak ini perlu dicairkan dengan minyak-minyak pembawa sebelum ianya disapu ke badan.Adalah dipercayai bahawa minyak yang disapu ke kulit badan ini akan diserap masuk ke dalam saluran darah serta berperanan membantu meningkatkan tahap kesihatan,keceriaan serta kecantikan seseorang.Antara jenis minyak pembawa yang sering digunakan dalam campuran dengan minyak pati adalah minyak “sweet almond” ,”kernel apricot” ,”grapeseed” ,”evening primrose”,minyak zaitun ,bijan dan beberapa jenis lagi .Kebanyakannya adalah minyak yang diproses secara “cold press”.Minyak kelapa dara adalah amat sesuai sekali sebagai minyak pembawa bagi minyak pati yang digunakan dalam rawatan aromaterapi ini.Minyak ini bukan sahaja amat baik daripada segi penyerapannnya pada kulit malahan ia juga mempunyai kualiti tersendiri dalam merawat serta menceriakan kulit.

Pada masa ini, minyak kelapa dara masih belum digunakan dengan secara meluas dalam industri perawatan aromaterapi.Barangkali kerana ianya masih belum terkenal dan juga kemungkinan kerana baunya agak kuat sehingga boleh menghilangkan bau minyak pati yang dicampur dengannya.Namun begitu,ada proses tertentu yang boleh dilakukan bagi mengurangkan kekuatan bau minyak kelapa dara ini tanpa menghilangkan elemen-elemen yang penting yang memiliki kualiti tertentu untuk merawat kulit.Minyak kelapa dara sebenarnya mempunyai kemampuan meresap ke dalam kulit yang lebih tinggi berbanding dengan minyak pembawa yang lain.Ini kerana struktur molekul asid lemaknya lebih kecil.Minyak kelapa dara ini hampir tidak meninggalkan kesan minyak apabila disapu dan digosok pada kulit.Ia menyerap dengan mudah dan cepat.

Selain itu juga, minyak pembawa yang biasa digunakan itu juga lebih mahal harganya berbanding dengan minyak kelapa dara.Justeru itu,prospek minyak kelapa dara sebagai minyak pembawa dalam perawatan aromaterapi adalah sangat besar.Rawatan aromaterapi terhadap badan boleh kita lakukan sendiri dengan menggunakan minyak kelapa dara yang dicampur dengan minyak pati .Ia amat memberi kesan yang baik pada pengguna.

Minyak Kelapa Dara Sebagai Bahan Utama Sabun,Syampu ,Losyen dan Krim

Minyak dan juga derivatif minyak adalah komponen terpenting di dalam pembuatan sabun ,syampu,losyen dan juga krim.Begitu juga beberapa jenis kosmetik yang lain seperti lipstick dan juga mascara.Bahan yang digunakan tersebut adalah minyak itu sendiri,lelemak(fats) ,iaitu asid lemak yang diproses lanjut menjadi “surfactant” .Terdapat pelbagai jenis “surfactant” yang digunakan dalam industri pembuatan produk penjagaan badan.”foam booster” adalah juga produk yang dihasilkan daripada asid lemak .Jadi lemak daripada minyak yang pelbagai jenis adalah merupakan komponen yang amat penting dalam pembuatan produk ini.Bagi menghasilkan produk sabun ,syampu ,losyen dan juga krim yang bercirikan semulajadi ,minyak yang semulajadi juga digunakan .Kebanyakan minyak semulajadi yang digunakan dalam produk seperti itu dihasilkan melalui “cold press” .Antara minyak yang popular dalam kategori ini adalah minyak zaitun .Namun begitu minyak kelapa dara juga mempunyai potensi yang besar (malah lebih besar) kerana beberapa ciri yang istimewa yang ada padanya.

Justeru itu,sejak akhir-akhir ini minyak kelapa dara sudah mulai popular sebagai bahan utama salam pembuatan sabun dan syampu.Ia juga menjadi bahan utama pada sesetengah krim dan losyen untuk merawat kulit muka dan badan.Bagi mereka yang tidak mahu atau kurang selesa menggunakan minyak kelapa dara yang seutuhnya (dalam bentuk minyak) sebagai bahan perawatan kulit dan rambut,mereka kini boleh menggunakan produk penjagaan badan yang semasa dan moden yang dibuat daripada minyak kelapa dara.

Namun begitu,produk yang dibuat daripada bahan semulajadi ini harganya lebih mahal daripada produk serupa yang dibuat daripada bahan kimia sintetik.Kita boleh beli sabun,syampoo,losyen dan krim yang dirumus daripada bahan kimia sintetik serta lemak yang berkualiti rendah dan murah ,tetapi ianya tidak memberi banyak kebaikan kepada badan kita.Kita boleh memilih menggunakan produk penjagaan badan yang berharga lebih murah ,tetapi jika ianya boleh mengakibatkan rambut gugur,kulit rosak ,penjimatan wang yang kita lakukan itu tidak memberi makna kepada kita.Kita juga tidak sanggup menggunakan sabun,syampu,losyen atau krim yang diperbuat daripada lemak haiwan yang kita sendiri tidak tahu asal usul proses pengambilannya.Meskipun ianya daripada haiwan yang halal seperti lembudan sebagainya,namun kita tidak tahu apakah ianya disembelih secara syar’ie bagi mengesahkan ia bukannya daripada bangkai yang berstatus najis .Apatah lagi jika ianya daripada lemak haiwan yang bernama “khinzir” yang berstatus najis “mughallazah” itu.Kita bukan sahaja tidak mahu memakainya,menyentuh bekasnya pun kita merasa jijik.

Oleh itu berhati-hatilah apabila kita membeli produk-produk seperti itu .Baca dan teliti labelnya.Jangan tersalah pilih!

No comments:

Post a Comment