GANTUNGKAN AZAM DAN SEMANGAT MU SETINGGI BINTANG DI LANGIT DAN RENDAHKAN HATI MU SERENDAH MUTIARA DI LAUTAN.

Monday

SAMA SAMA FIKIRKAN

Tahlil: antara sunat dan bid'ah


FATWA IMAM SYAFIE TENTANG KENDURI ARWAH,TAHLILAN, YASINAN DAN SELAMATAN

Majlis kenduri arwah lebih dikenali dengan berkumpul beramairamaidengan hidangan jamuan (makanan) di rumah si Mati.Kebiasaannya diadakan sama ada pada hari kematian, dihari kedua,ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus, setahun dan lebih dari itu bagimereka yang fanatik kepada kepercayaan ini atau kepada si Mati.Malangnya mereka yang mengerjakan perbuatan ini tidak menyedaribahawa terdapat banyak fatwa-fatwa dari Imam Syafie rahimahullah danpara ulama besar dari kalangan yang bermazhab Syafie telahmengharamkan dan membid’ahkan perbuatan atau amalan yang menjaditajuk perbincangan dalam tulisan ini.Di dalam kitab ( اعان ة الط البین ) juz 2. hlm. 146, tercatat pengharamanImam Syafie rahimahullah tentang perkara yang disebutkan di atassebagaimana ketegasan beliau dalam fatwanya:وَیَكْرَهُ اتِّخَاذُ الطَّعَامِ فِى الْیَوْمِ اْلاَوَّلِ وَالثَّالِث وَبَعْدَ اْلاُسْبُوْعِ وَنَقْلُ الطَّعَامِ اِلَى الْقُبُوْرِ“Dan dilarang (ditegah/makruh) menyediakan makananpada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnnyasesudah seminggu. Dilarang juga membawa makanan kekuburan”.Imam Syafie dan jumhur ulama-ulama besar ( (ائم ة العلم اء ال شافعیةyang berpegang kepada mazhab Syafie, dengan berlandaskan kepadahadis-hadis sahih, mereka memfatwakan bahawa yang sewajarnyamenyediakan makanan untuk keluarga si Mati adalah jiran, kerabat si Matiatau orang yang datang menziarahi mayat, bukan keluarga (ahli si Mati)sebagaimana fatwa Imam Syafie:وَاُحِبُّ لِجِیْرَانِ الْمَیِّتِ اَوْذِيْ قَرَابَتِھِ اَنْ یَعْمَلُوْا لاَھْلِ الْمَیِّ تِ فِ ىْ یَ وْمِ یَمُ وْتُ وَلَیْلَتِ ھِ طَعَامً ا مَ ایُشْبِعُھُمْ وَاِنَّ ذَلِكَ سُنَّةٌ.“Aku suka kalau jiran si Mati atau saudara mara si Matimenyediakan makanan untuk keluarga si Mati pada harikematian dan malamnya sehingga mengenyangkan mereka.Sesungguhnya itulah amalan yang sunnah”.Fatwa Imam Syafie di atas ini adalah berdasarkan hadis sahih:قَالَ عَبْدُ اللهِ بْنِ جَعْفَرَ : لَمَّ ا جَ اءَ نَعْ يُ جَعْفَ رِ حِ یْنَ قُتِ لَ قَ الَ النَّبِ يُّ صَ لَّى اللهُ عَلَیْ ھِ وَسَ لَّمَ :اِصْنَعُوْا لآلِ جَعْفَرِ طَعَامًا فَقَدْ اَتَاھُمْ مَایُشْغِلُھُمْ . (حسنھ الترمزى وصححھ الحاكم)“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentangberita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallambersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untukkeluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yangmenyebukkan (kesusahan)”. [1]Menurut fatwa Imam Syafie, adalah haram mengadakan kenduriarwah dengan menikmati hidangan di rumah si Mati, terutama jika si Matitermasuk keluarga yang miskin, menanggung beban hutang,meninggalkan anak-anak yatim yang masih kecil dan waris si Matimempunyai tanggungan perbelanjaan yang besar dan ramai. Tentunyatidak dipertikaikan bahawa makan harta anak-anak yatim hukumnyaharam. Telah dinyatakan juga di dalam kitab ( اعانة الطالبین ) jld. 2. hlm. 146:وَقَالَ اَیْضًأ : وَیَكْرَهُ الضِّیَافَةُ مِنَ الطَّعَامِ مِنْ اَھْلِ الْمَیِّتِ لاَنَّھُ شَرَعَ فِى السُّرُوْرِ وَھِيَ بِدْعَةٌ“Imam Syafie berkata lagi: Dibenci bertetamu denganpersiapan makanan yang disediakan oleh ahli si Mati kerana iaadalah sesuatu yang keji dan ia adalah bid’ah”.1 H/R Asy-Syafie (I/317), Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad I/205. Dihasankanoleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim.Seterusnya di dalam kitab ( اعان ة الط البین ) juz. 2. hlm. 146 – 147,Imam Syafie rahimahullah berfatwa lagi:وِمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْرُوْهِ فَعْلُھُ مَا یَفْعَلُ النَّاسُ مِنَ الْوَحْشَةِ وَالْجَمْعِ وَاْلاَرْبِعِیْنَ بَلْ كَلُّ ذَلِكَحَرَامٌ“Dan antara bid’ah yang mungkar ialah kebiasaan orangyang melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpulberamai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) dihari keempatpuluh (empat pulu harinya) pada hal semuanya ini adalahharam”.Ini bermakna mengadakan kenduri arwah (termasuk tahlilan danyasinan beramai-ramai) dihari pertama kematian, dihari ketiga, dihariketujuh, dihari keempat puluh, dihari keseratus, setelah setahun kematiandan dihari-hari seterusnya sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakatIslam sekarang adalah perbuatan haram dan bid’ah menurut fatwa ImamSyafie. Oleh itu, mereka yang mendakwa bermazhab Syafie sewajarnyamenghentikan perbuatan yang haram dan bid’ah ini sebagai mematuhiwasiat imam yang agung ini.Seterusnya terdapat dalam kitab yang sama ( اعانة الطالبین ) juz 2. hlm.145-146, Mufti yang bermazhab Syafie al-Allamah Ahmad Zaini binDahlan rahimahullah menukil fatwa Imam Syafie yang menghukumbid’ah dan mengharamkan kenduri arwah:وَلاَ شَكَّ اَنَّ مَنْعَ النَّاسِ مِنْ ھَذِهِ الْبِدْعَةِ الْمُنْكَرَةِ فِیْھِ اِحْیَاءٌ لِلسُّنَّةِ وَاِمَاتَةٌ لِلْبِدْعَةِ وَفَتْحٌ لِكَثِیْرٍمِنْ اَبْوَابِ الْخَیْرِ وَغَلْقٌ لِكَثِیْرٍ مِنْ اَبْوَابِ الشَّرِّ ، فَاِنَّ النَّاسَ یَتَكَلَّفُوْنَ تَكَلُّفًا كَثِیْ رًا یُ ؤَدِّيْ اِلَ ىاَنْ یَكُوْنَ ذَلِكَ الصُّنْعُ مُحَرَّمًا .“Dan tidak boleh diragukan lagi bahawa melarang(mencegah) manusia dari perbuatan bid’ah yang mungkardemi untuk menghidupkan sunnah dan mematikan(menghapuskan) bid’ah, membuka banyak pintu-pintukebaikan dan menutup pintu-pintu keburukan dan (kalaudibiarkan bid’ah berterusan) orang-orang (awam) akanterdedah (kepada kejahatan) sehingga memaksa diri merekamelakukan perkara yang haram”.Kenduri arwah atau lebih dikenali dewasa ini sebagai majlistahlilan, selamatan atau yasinan, ia dilakukan juga di perkuburan terutamadihari khaul ( خ ول ). Amalan ini termasuk perbuatan yang amat dibenci,ditegah, diharamkan dan dibid’ahkan oleh Imam Syafie rahimahullahsebagaimana yang telah ditegaskan oleh beliau:مَا یَفْعَلُھُ النَّاسُ مِنَ اْلاِجْتَمَاعِ عِنْدَ اَھْلِ الْمَیِّتِ وَصُنْعِ الطَّعَامِ مِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ“Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpuldirumah keluarga si mati dan menyediakan makanan adalahtermasuk perbuatan bid’ah yang mungkar”.[2]Di dalam kitab fikh ( حاشیة القلیوبي ) juz. 1 hlm. 353 atau di kitab - قلیوبىحاش یتان - عمی رة) ) juz. 1 hlm. 414 dapat dinukil ketegasan Imam ar-Ramlirahimahullah yang mana beliau berkata:قَالَ شَیْخُنَا الرَّمْلِى : وَمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْ رُوْهِ فِعْلُھَ ا كَمَ ا فِ ى الرَّوْضَ ةِ مَ ا یَفْعَلُ ھُ النَّ اسُمِمَّا یُسَمَّى الْكِفَارَةَ وَمِ نْ صُ نْعِ طَعَ امِ للاِجْتَمَ اعِ عَلَیْ ھِ قَبْ لَ الْمَ وْتِ اَوْبَعِ دَهُ وَمِ نَ ال ذَّبْحِ عَلَ ىالْقُبُوْرِ ، بَلْ كُلُّ ذَلِكَ حَرَامٌ اِنْ كَانَ مِنْ مَالٍ مَحْجُوْرٍ وَلَوْ مِنَ التَّركَةِ ، اَوْ مِنْ مَالِ مَیِّتٍ عَلَیْ ھِدَیْنٌ وَتَرَتَّبَ عَلَیْھِ ضَرَرٌ اَوْ نَحْوُ ذَلِكَ.“Telah berkata Syeikh kita ar-Ramli: Antara perbuatanbid’ah yang mungkar jika dikerjakan ialah sebagaimana yangdijelaskan di dalam kitab “Ar-Raudah” iaitu mengerjakanamalan yang disebut “kaffarah” secara menghidangkanmakanan agar dapat berkumpul di rumah si Mati samasebelum atau sesudah kematian, termasuklah (bid’ah yangmungkar) penyembelihan untuk si Mati, malah yang demikianitu semuanya haram terutama jika sekiranya dari harta yangmasih dipersengketakan walau sudah ditinggalkan oleh si Matiatau harta yang masih dalam hutang (belum dilunas) atauseumpamanya”.Di dalam kitab ( الفق ھ عل ى الم ذاھب الاربع ة ) jld.1 hlm. 539, ada dijelaskanbahawa:وَمِنَ الْبِدَعِ الْمَكْرُوْھَةِ مَا یَفْعَلُ الآن مِنْ ذَبْحِ الذَّبَائِحَ عِنْدَ خُرُوْجِ الْمَیِّتِ اَوْ عِنْدَ الْقَبْرِ وَاِعْدَادِالطَّعَامِ مِمَّنْ یَجْتَمِعُ لِتَّعْزِیَةِ .“Termasuk bid’ah yang dibenci ialah apa yang menjadiamalan orang sekarang, iaitu menyembelih beberapa2 Lihat: اعانة الطالبین juz 2 hlm. 145.sembelihan ketika si Mati telah keluar dari rumah (telahdikebumikan). Ada yang melakukan sehingga kekuburan ataumenyediakan makanan kepada sesiapa yang datangberkumpul untuk takziyah”.Kenduri arwah pada hakikatnya lebih merupakan tradisi dankepercayaan untuk mengirim pahala bacaan fatihah atau menghadiahkanpahala melalui pembacaan al-Quran terutamanya surah yasin, zikir danberdoa beramai-ramai yang ditujukan kepada arwah si Mati. Mungkinpersoalan ini dianggap isu yang remeh, perkara furu', masalah cabangatau ranting oleh sebahagian masyarakat awam dan dilebih-lebihkan olehkalangan mubtadi' ( مبت دع ) "pembuat atau aktivis bid'ah" sehingga amalanini tidak mahu dipersoalkam oleh pengamalnya tentang haram dantegahannya dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama yangbermazhab Syafie.Pada hakikatnya, amalan mengirim atau menghadiahkan pahalabacaan seperti yang dinyatakan di atas adalah persoalan besar yangmelibatkan akidah dan ibadah. Wajib diketahui oleh setiap orang yangberiman bahawa masalah akidah dan ibadah tidak boleh dilakukan secarasuka-suka (tanpa ada hujjah atau dalil dari Kitab Allah dan SunnahRasulNya), tidak boleh berpandukan pada anggapan yang disangka baiklantaran ramainya masyarakat yang melakukannya, kerana AllahSubhanahu wa-Ta'ala telah memberi amaran yang tegas kepada merekayang suka bertaqlid (meniru) perbuatan orang ramai yang tidak ada dalilatau suruhannya dari syara sebagaimana firmanNya:وَاِنْ تُطِ عْ اَكْثَ رَ مَ نْ فِ ى اْلاَرْضِ یُ ضِلُّوْكَ عَ نْ سَ بِیْلِ اللهِ اِنْ یَّتَّبِعُ وْنَ اِلاَّ الظَّ نَّ وَاِنْ ھُ مْ اِلاَّیَخْرُصُوْنَ"Dan jika kamu menuruti kebanyakan (majoriti) orangorangyang di muka bumi ini, nescaya mereka akanmenyesatkan diri kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lainhanya mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lainhanyalah berdusta (terhadap Allah)". (QS. Al-An'am, 6:116)Begitu juga sesuatu amalan yang disangkakan ibadah sama ada yangdianggap wajib atau sunnah, maka ia tidak boleh ditentukan oleh akalatau hawa nafsu, antara amalan tersebut ialah amalan kenduri arwah(tahlilan atau yasinan) maka lantaran ramainya orang yang mengamalkandan adanya unsur-unsur agama dalam amalan tersebut seperti bacaan al-Quran, zikir, doa dan sebagainya, maka kerananya dengan mudahdiangkat dan dikategorikan sebagai ibadah. Sedangkan kita hanyadihalalkan mengikut dan mengamalkan apa yang benar-benar telahdisyariatkan oleh al-Quran dan as-Sunnah jika ia dianggap sebagaiibadah sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla:ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِیْعَةٍ مِنَ اْلاَمْرِ فَاتَّبِعْھَا وَلاَ تَتَّبِعْ اَھْوَاءَ الَّذِیْنَ لاَ یَعْلَمُوْنَ . اَنَّھُ مْ لَ نْ یُّغْنُ وْاعَنْكَ مِنَ اللهِ شَیْئًا"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatusyariat (peraturan yang wajib ditaati) dalam urusan (agamamu)itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawanafsu orang-orang yang tidak mengetahui (orang jahil).Sesungguhnya mereka sekali-kali tidak akan dapat menolakdiri kamu sedikitpun dari siksaan Allah". (QS. Al-Jatsiyah,45:18-19)Setiap amalan yang dianggap ibadah jika hanya berpandukankepada andaian mengikut perkiraan akal fikiran, perasaan, keinginanhawa nafsu atau ramainya orang yang melakukan tanpa dirujuk terlebihdahulu kepada al-Quran, as-Sunnah dan athar yang sahih untuk dinilaisama ada haram atau halal, sunnah atau bid'ah, maka perbuatan tersebutadalah suatu kesalahan (haram dan bid’ah) menurut syara sebagaimanayang dijelaskan oleh ayat di atas dan difatwakan oleh Imam Syafierahimahullah. Memandangkan polemik dan persoalan kenduri arwahkerapkali ditimbulkan dan ditanyakan kepada penulis, maka ia perluditangani dan diselesaikan secara syarii (menurut hukum dari al-Qurandan as-Sunnah) serta fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah darikalangan Salaf as-Soleh yang muktabar. Dalam membincangkan isu inipula, maka penulis tumpukan kepada kalangan para ulama dari mazhabSyafie kerana ramai mereka yang bermazhab Syafie menyangka bahawaamalan kenduri arwah, tahlilan, yasinan atau amalan mengirim pahalaadalah diajarkan oleh Imam Syafie dan para ulama yang berpegangdengan mazhab Syafie.Insya-Allah, mudah-mudahan tulisan ini bukan sahaja dapatmenjawab pertanyaan bagi mereka yang bertanya, malah akan sampaikepada mereka yang mempersoalkan isu ini, termasuklah mereka yangmasih tersalah anggap tentang hukum sebenar kenduri arwah (tahlilanatau yasinan) menurut Ahli Sunnah wal-Jamaah.

No comments:

Post a Comment