GANTUNGKAN AZAM DAN SEMANGAT MU SETINGGI BINTANG DI LANGIT DAN RENDAHKAN HATI MU SERENDAH MUTIARA DI LAUTAN.

Saturday

Pesanan dari Perunding Unit Trust Public Mutual

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana melawat laman web ini. Saya amat berbesar hati dengan kedatangan anda. Tahniah saya ucapkan bagi anda yang ingin mengambil langkah pertama dalam dunia pelaburan Unit Trust. Tujuan saya menulis pesanan ini adalah untuk memberitahu kepada anda sebab kenapa saya mengajak anda untuk melabur di dalam Pelaburan Unit Trust PUBLIC MUTUAL dan bagaimana pelaburan ini dapat memberi kebaikan kepada anda.

Saya baru sahaja menjinak-jinakkan diri di dalam pelaburan Unit Trust pada awal 2008. Sebelum saya bermula, saya merupakan salah seorang pelabur yang agak aktif di dalam sebuah syarikat pelaburan internet mahu pun dalam saham.


saya mula menyelidik program-program pelaburan secara sah bagi mencari program pelaburan terbaik yang boleh membantu saya dan rakan-rakan di masa akan datang.

Amat terkejut saya apabila mendapati bahawa pulangan yang diberikan oleh Pelaburan Unit Trust PUBLIC MUTUAL adalah sangat tinggi berbanding dengan pelaburan ASB (Pulangan Unit Trust biasanya melebihi 15% setahun - bergantung kepada jenis dana dan keadaan pasaran). Sebelum ini, saya hanya tahu tentang pelaburan ASB sahaja dan bagi saya itulah jumlah pelaburan tertinggi yang boleh diperolehi jika kita melabur melalui syarikat pelaburan yang sah.

Seterusnya, saya memilih untuk menjadi seorang Perunding Unit Trust sebagai satu cara untuk memberitahu rakan-rakan dan kenalan saya bahawa terdapatnya pelabuaran yang SAH, HALAL dan TERJAMIN di pasaran dan juga bagi membantu mereka di dalam perancangan kewangan mereka. Saya mula mempelajari tentang pelaburan Unit Trust dan mengikuti jejak langkah pelabur yang berjaya dengan menyertai syarikat pelaburan yang terbaik dan paling MANTAP iaitu PUBLIC MUTUAL.

Apabila saya lihat kembali, saya telah merugikan banyak wang dengan melabur di tempat yang tidak sepatutnya kerana kekurangan ilmu tentang pelaburan dan juga tidak membuat kajian mendalam sebelum memulakan sesuatu. Alangkah ruginya saya!

Saya telah rugi bnyk juga la dan saya tidak mahu anda melalui situasi yang sama. Pada ketika ini, ramai yang melakukan pelaburan tanpa mengkaji latar belakang syarikat. Inilah sebabnya kita sering mendengar ramai yang merungut "Saya sudah cuba buat pelaburan, tetapi mengalami kerugian" . Dengan PUBLIC MUTUAL, tiada apa yang perlu anda risaukan kerana ia adalah sebuah syarikat yang sah dan juga merupakan syarikat pelaburan unit trust yang paling dipercayai dengan jumlah pelabur melebihi 1 000 000 dan jumlah pelaburan melebihi RM20 Billion.

Sebagai pesanan akhir- keputusan anda hari ini akan menentukan kehidupan anda pada hari-hari seterusnya. Tanpa memulakan pelaburan, tahap kewangan anda akan berada di tahap yang sama untuk selama-lamanya!



fakrul zaki
Perunding Unit Trust PUBLIC MUTUAL

PS: Jikalau anda mempunyai kenalan yang mungkin berminat untuk memulakan pelaburan di Internet, anda boleh membantu mereka dengan memberitahu tentang pelaburan ini.

No comments:

Post a Comment